Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Akan tiada referendum rakyat di Johor?

    ULASAN | Akan tiada referendum rakyat di Johor?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pada pilihan raya Negeri (PRN) yang lepas, rakyat Terengganu, Kelantan, dan Kedah memberikan mesej jelas kepada seluruh negara bahawa mereka menginginkan perubahan dalam semua aspek terutamanya pentadbiran.

    Begitu juga dengan sebahagian besar rakyat Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan yang semakin bosan berhadapan dengan pelbagai kontroversi dan kelemahan yang terpalit pada pemerintah hari ini.

    Di Selangor, setiap kawasan Parlimen menyaksikan jumlah sokongan yang diberikan kepada blok Pakatan Harapan (PH) dan BN merosot berbanding pilihan raya umum ke-15.

    Tindakan rakyat di keenam-enam Negeri ini pada hakikatnya merupakan referendum untuk menolak pemerintah pada hari ini melalui saluran demokrasi.

    Dan saya yakin referendum yang demokratik ini akan diteruskan pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor pada hari Sabtu ini.

    Sebenarnya, referendum atau pungutan suara ini merupakan protes rakyat paling aman kerana ia tidak memerlukan jerit-pekik seorang ahli politik di atas pentas yang menyeru orang ramai turun ke jalanan membuat kacau bilau.

    Ia hanya memerlukan sebuah peti undi, sebatang pen, dan sehelai kertas yang tercatat nama-nama calon dan logo parti.

    Dari situ rakyat akan memilih calon dan parti yang mereka inginkan untuk memimpin Negeri atau negara.

    Alhamdulillah, sehingga hari ini, kami, Perikatan Nasional (PN), tidak pernah lagi menganjurkan apa-apa jenis demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuashatian terhadap isu-isu tertentu.

    Kami juga tidak menghasut rakyat untuk turun ke jalanan dan memaki hamun sang pemerintah kerana kami yakin, demonstrasi bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah, bahkan akan mencetuskan lebih banyak perpecahan dan kacau bilau.

    Ada sebahagian pihak mengatakan Negeri Johor merupakan kubu kuat BN, tetapi saya tak pasti sama ada mereka sedar atau tidak bahawa suasana politik pada hari ini cukup berbeza.

    ALSO READ:  ULASAN | Muslihat lapuk politik Muhyiddin

    Rakyat lebih mengutamakan prestasi sesebuah parti politik daripada logo parti semata-mata.

    Rakyat Malaysia, baik di bandar mahupun di kampung, sudah matang sepenuhnya. Mereka sudah mampu menilai, bahkan menganalisis politik menurut kaca mata akademik dan ilmiah.

    Jika rakyat di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan mampu memecah tembok Pakatan-Barisan di sana, maka tidak mustahil ia akan turut berlaku di Pulai.

    Saya tertarik dengan pendirian calon PN Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar, yang mengatakan sekiranya ekonomi dapat diseimbangkan, maka rakyat secara langsung akan mendapat kesejahteraan hidup mereka.

    Benar sekali kata-kata beliau kerana dengan keseimbangan ekonomi sahajalah ia dapat membawa kesejahteraan hidup rakyat.

    Oleh itu, rakyat harus memilih seorang calon berwawasan dan progresif serta parti yang stabil.

    Faktor-faktor ini penting kerana kita ingin memastikan setiap pemimpin itu bersih dari salah laku rasuah dan pecah amanah serta prihatin terhadap nasib kehidupan rakyat bawahan yang terbeban dengan harga barangan yang mahal, mata wang yang lemah serta kelembapan ekonomi.

    Saya yakin bahawa PRK Pulai dan Simpang Jeram bakal membuktikan kepada seluruh negara bahawa referendum rakyat bukan sekadar di pantai timur dan utara tanah air, sebaliknya di seluruh negara.

    Masalah dan keluhan rakyat tidak hanya tertumpu kepada sesebuah Negeri atau kawasan sahaja, tetapi di setiap pelusuk negara.

    Takkanlah kita nak katakan harga barang naik dan mata wang jatuh hanya di sebelah utara dan pantai timur negara?

    Saya setuju kalau ada pihak mengatakan gelombang hijau dan gelombang Sanusi Md Nor tidak akan berlaku di Johor kerana pada hakikatnya, apa yang akan berlaku ialah gelombang rakyat marhaen yang menginginkan kestabilan ekonomi dan politik.

    ALSO READ:  ULASAN | Propaganda bukan jahat

    Walau apa pun, sebagai seorang ahli politik, kita harus menghormati dan menerima apa sahaja keputusan rakyat nanti. Pilihan mereka adalah hak mereka dan ianya termaktub dalam demokrasi.

    RINA HARUN adalah ketua Wanita Perikatan Nasional.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts