Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Analisis PRN 2023: Memahami kebolehpindahan undi BN

    ULASAN | Analisis PRN 2023: Memahami kebolehpindahan undi BN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pilihan raya umum Negeri 2023 (PRN2023) yang berlangsung pada 12 Ogos yang lalu menyaksikan persaingan sengit antara kerajaan perpaduan PH-BN dengan Perikatan Nasional (PN).

    Kemenangan kerusi-kerusi tersebut ditentukan oleh sejauh mana BN dapat mengekalkan pengundi mereka pada PRU15 yang lalu untuk terus mengundi koalisi kerajaan perpaduan, di samping sokongan sedia ada PH dan PN.

    Analisis ini akan merungkai sejauh mana pengundi BN yang masih setia dengan parti dan presiden mereka ataupun sudah tidak lagi yakin dengan kemampuan Umno-BN untuk membawa suara Melayu, dan sejauh mana impaknya terhadap kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti masing-masing.

    Analisis ini dibuat berdasarkan:

    1. peratusan keluar mengundi PRU15 yang diproratakan mengikut peratus keluar mengundi PRN2023
    2. andainya pengundi semua koalisi pada PRU15 sama banyak tidak turun mengundi semasa PRN2023
    3. undi PRU15 di parlimen dipecahkan mengikut undi DUN masing-masing

    Secara umum, di keenam-enam Negeri yang baru sahaja mengadakan pilihan raya Negeri, sebanyak 56% pengundi BN semasa PRU15 yang lepas terus mengundi koalisi kerajaan Perpaduan PH-BN, paling rendah di Kedah sebanyak 39% sementara paling tinggi di pantai timur, iaitu 85% di Terengganu dan 81% di Kelantan.

    Kerusi-kerusi yang ditandingi BN sendiri kelihatan tidak dapat mengekalkan pengundinya apabila satu pertiga pengundi BN beralih arah kepada PN. 

    Impaknya lebih ketara di Negeri-Negeri yang ditadbir kerajaan PH, apabila hanya sekitar 55% pengundi BN semasa PRU15 yang masih mengundi kerajaan perpaduan.

    Di Selangor, kadar vote transferability BN yang rendah menyebabkan PH-BN kehilangan beberapa kerusi marginal seperti di Bukit Melawati (24% BN), Ijok (29% BN), Semenyih (31% BN), Taman Medan (35% BN), Paya Jaras (35% BN), Gombak Setia (42% BN), Dengkil (58% BN), Hulu Bernam (59% BN) dan Sungai Kandis (65% BN).

    ALSO READ:  Bekas ketua polis daerah hadapi 46 pertuduhan rasuah

    Kerusi Amanah juga terumbang-ambing dibuai pergerakan undi BN ini. Sebagai contoh, di Kota Lama, satu-satunya kerusi yang dimenangi PH di Kelantan, kejayaan ini banyak dibantu oleh pengundi BN sebanyak 73% yang masih yakin dengan kerajaan perpaduan.Sebaliknya di Paroi, Amanah kehilangan kerusi ini dek 74% pengundi BN yang berubah sokongannya kepada PN pada PRN2023 baru-baru ini.

    Terdapat juga kerusi-kerusi yang mana undi BN dibawa lari oleh calon bebas atas faktor mereka merupakan bekas ketua cawangan Umno seperti di Ayer Hangat dan Gombak Setia, yang turut menyumbang kepada kekalahan PH-BN. 

    Di Ayer Hangat, Safwan Hanif yang bertanding sebagai calon bebas mendapat 6,877 undi, di mana PN menang dengan majoriti 3,824. 

    Begitu juga di Gombak Setia, Mohamed Salim yang bertanding sebagai calon bebas mendapat 1,076 undi, di mana Hilman Idham menang dengan hanya 58 majoriti.

    Kesimpulannya, di kebanyakan kerusi marginal, vote transferability pengundi BN menjadi faktor penentu kepada kebolehmenangan parti yang bertanding, sehingga boleh juga mengganggu-gugat kerusi selamat PH-BN. Umno-BN seharusnya berbuat sesuatu untuk menentukan halatuju parti dan menarik semula pengundi-pengundi tegar mereka untuk terus kekal relevan.

    AZLAN MUSYABRI ialah penganalisis data di Nusantara Academy for Strategic Research (NASR).

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts