Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Bagaimana kita saling membenci

    ULASAN | Bagaimana kita saling membenci

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    ULASAN | Apa lagi Cina mau? – Tajuk berita tersebut masih terpahat di minda saya walaupun sudah lebih 10 tahun Utusan Malaysia menerbitkan laporan kontroversi itu selepas berakhirnya PRU ke-13.
    Ketegangan kaum antara Cina dan Melayu adalah sesuatu yang kian membarah di Malaysia. Titik permulaannya boleh dikesan sejak zaman penjajahan Jepun, tercetusnya insiden 13 Mei, dan kini.
    Ketegangan ini sudah mencapai tahap eksistensial apabila kedua-dua pihak sering melemparkan retorik mahu menghancurkan satu sama lain.
    Bagi pihak Melayu-Islam, isunya ialah bagaimana kaum Cina mendominasi ekonomi dan mempertikaikan kedudukan Islam dan Melayu di negara ini.
    Bagi kaum Cina pula, ia adalah tentang proses Islamisasi yang akan mencengkam gaya hidup dan kebebasan masyarakat bukan Islam.
    Sesiapa yang pernah masuk ke ruang komen media sosial sudah tentu pernah melihat wacana yang berbaur hasutan, sama ada terhadap kumpulan Melayu-Islam ataupun Cina.
    Tanggapan negatif ini juga adalah hasil wacana kelas ahli politik yang sering mengapi-apikan penyokong masing-masing. Contoh utama adalah retorik sekian lama dibawa oleh Umno dan DAP kepada akar umbi mereka.
    Sukar untuk dipisahkan.
    Saya menamakan fenomena ini sebagai poisoning the well kerana secara literal, wacana awam ataupun ‘perigi’ sejagat diracuni oleh retorik dan naratif yang memburukkan persepsi antara satu masyarakat dengan masyarakat lain.
    Kaum Cina dicitrakan sebagai ancaman eksistensial kepada orang Melayu, dan untuk orang Melayu pula dengan naratif sebaliknya.
    Apa yang dimulakan oleh ahli politik untuk memperkasa hegemoni politik mereka sudah menjebak masyarakat Malaysia. Sejak kebelakangan ini, ia juga dilakukan oleh pertubuhan masyarakat sivil.
    Sebagai contoh, kita boleh lihat bagaimana pada PRU dan pilihan raya Negeri (PRN) baru-baru ini retorik “gelombang hijau” memiliki unsur Islamofobia.
    Lihat juga bagaimana penyokong PN dan sekutu mereka menggambarkan DAP (iaitu: kaum Cina) sebagai musuh eksistensial Melayu-Islam di Malaysia.
    Persepsi buruk ini sukar dipisahkan jika kita melihat corak pengundian apabila kebanyakan Melayu mula menyokong PN, manakala bukan Melayu – khususnya Cina – menjadi pengundi setia PH (yang dianggotai DAP).
    Berdasarkan kajian isu politik Malaysia yang sedang saya dan beberapa rakan penyelidik kendalikan, “gelombang hijau” bukanlah kemuncak Islamisasi ekstrem seperti yang digambarkan oleh DAP ataupun sekutu mereka.
    Kajian dan analisis awal kami mendapati ia lebih tepat difahami sebagai pergerakan majoritarian Melayu yang dipengaruhi oleh kebimbangan sosioekonomi dan politik identiti.
    Walaupun tidak dinafikan yang ada unsur Islamisasi tetapi tidak semua penyokong PN mahu Malaysia diislamisasikan. Ada ramai antara mereka mengundi PN selepas melihat PH-BN sebagai pilihan yang tidak berdaya maju serta indah khabar daripada rupa.
    Buat tuduhan lepas kalah.
    Kalau kita lihat secara terperinci dalam kalangan Melayu pula, variasi dalam parti politik mewajahkan kepelbagaian ideologi dalam kalangan pemahaman terhadap maksud menjadi Melayu-Islam di Malaysia.
    Masalah sesama Melayu-Islam juga, wacana permusuhan dibawa masuk. Kita lihat contoh bagaimana PRN baru-baru ini, golongan Melayu-Islam yang menyokong PH-BN dituduh pengkhianat bangsa dan agama kerana bersekongkol dengan “musuh” eksistensial iaitu DAP.
    Ideologi takfiri ini sesuatu yang pernah dilakukan oleh PAS dan golongan Islamis.
    Kita hanya perlu melihat zaman lampau ketika PAS dan Umno dulu bermusuh, lalu golongan ulama melemparkan tuduhan sebegitu terhadap ahli Umno.
    Seperti saya kata pada awal tadi – poisoning the well.
    Ideologi takfiri ini menyerap ke dalam masyarakat sehinggakan ada penyokong PAS mula menuduh pengundi Melayu-Islam di Johor sebagai perosak bangsa dan agama ekoran keputusan PRK Pulai baru-baru ini.
    Malaysia sudah sampai di tahap polarisasi yang tenat. Kita sudah tidak lagi percaya antara satu sama lain.
    Ini bukan terhad kepada soal ideologi atau politik, malah dari segi sosioekonomi. Ahli politik kita tidak mampu mengetengahkan wacana yang bertanggungjawab.
    Lihatlah bagaimana ahli politik PN – khususnya PAS – kerap memburukkan golongan bukan Melayu-Islam sebagai korup atau tidak boleh dipercayai.
    Dengan token yang sama, ahli politik DAP juga sering didapati menggunakan retorik yang mewajahkan Melayu-Islam sebagai ekstrem dan mundur.
    Ingatkah kita pada kenyataan Lim Guan Eng mengenai ancaman terhadap tokong dan kuil Pulau Pinang menjelang PRN lalu?
    Perpecahan k

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts