Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Biri-biri zaman digital 

    ULASAN | Biri-biri zaman digital 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hendak sambung sikit cerita-cerita sebelum ini mengenai orang tua zaman analog cuba hidup tenteram pada zaman digital.

    Susah hendak mulakan cerita ini. Berapa keratkah pengguna bahasa Melayu (malah bahasa Inggeris pun) pernah dengar, apatah lagi faham, perkataan analog (analogue)?

    Mari kita cuba beberapa definisinya dalam bahasa Melayu dan tengok kalau kita faham.

    i. Isyarat analog ialah sebarang isyarat yang bersifat terus-menerus mewakili beberapa kuantiti lain, yakni “analog”, kepada kuantiti lain. (Wikipedia);

    ii. 1. Sesuatu yang merupai sesuatu yang lain; 2. Bukan sifat alat yg pengendaliannya menggunakan kuantiti fizik yang berubah-ubah untuk mewakili nombor. (Kamus bahasa Melayu);

    iii. Berkenaan sifat alat yang pengendaliannya menggunakan kuantiti fizik yang berubah-ubah (seperti voltan, arus, dan lain-lain) untuk mewakili nombor.

    Rasanya tidak ramai yang faham melainkan yang belajar fizik tinggi atau kerjanya berkaitan sistem analog. Hendak cerita kepada kawan rakan yang tidak belajar fizik memang susah.

    Saya kata macam inilah, radio, television, kamera, jam tangan dan telefon zaman dulu adalah analog. Radio, television, kamera, jam tangan, telefon dan komputer yang digunakan sekarang adalah digital.

    Apa itu digital? Wikipedia mentakrifkannya sebagai “Sistem digital (serapan kata sifat Latin: digitalis terbitan kata dasar digitus “jari”) ialah satu teknologi data yang menggunakan nilai-nilai diskrit/tersendiri.”

    Kamus Dewan edisi keempat pula berkata, (komputer) beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data; mendigitalkan menukarkan (data dan sebagainya) kepada bentuk digital supaya dapat diproses secara langsung oleh komputer; pendigitalan proses (perihal, perbuatan dan sebagainya) mendigitalkan.

    Hari ini seluruh dunia sudah didigitalkan. Manusia yang ada tubuh badan, darah daging (atom) dan roh sudah ditukar menjadi nama pengguna, kata laluan dan nombor pin.

    ALSO READ:  Bekas Adun PAS Johor kini ahli Amanah

    Orang muda pintar Rafizi dan Fahmi

    Orang tua macam saya terkapai-kapai hendak menggunakannya. Mata kelabu, pergerakan perlahan. Belum sempat catat nombor pin sementara atas kertas sudah habis tempoh.

    Saya bukan macam cucu-cucu saya yang  berumur sembilan atau 10 tahun tetapi sudah pandai memprogramkan komputer, telefon pintar dan televisyen digital.

    Kalau naik kereta kita, habis radio diprogramkan dengan memasukkan pelbagai aplikasi. Bila Tok Wan nak pakai, dah terkapai-kapai.

    Rafizi Ramli

    Tetapi boleh jadi orang muda pintar macam Rafizi Ramli dan Fahmi Fadzil tidak mahu pening kepala memikirkan orang zaman kuno macam saya. Bilangan kami tidak ramai lagi.

    Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk berusia 70 tahun ke atas kini hanya 3.5 peratus. Ini termasuklah Perdana Menteri.

    Nampaknya, manusia yang dikatakan semakin pandai sedang dikepung macam anjing gembala mengepung biri-biri supaya masuk kandang untuk disembelih.

    Saya terus cuba mengelak daripada menjadi biri-biri dan kambing korban kepada fintech dan kod QR.


    A KADIR JASIN ialah bekas ketua pengarang kumpulan NSTP (M) Bhd dan pernah menjadi penasihat media kepada perdana Menteri sebelum ini Mahathir Mohamad.

    Tulisan ini asalnya disiarkan di media sosial dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts