Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Dari ladang sawit ke menara gading

    ULASAN | Dari ladang sawit ke menara gading

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anak muda itu bernama Muhammad Asdar – biasa dipanggil Asdar. Penampilannya kacak dan “ganteng”, kata gadis Jakarta. Ia lahir pada 25 November 1997 di sebuah ladang sawit di Kinabatangan, Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Ayahnya Muhammad Nur, ibunya Hartati – kedua-duanya berasal dari Makasar. Ketika berusia setahun, Asdar sudah ditinggal ayah kandungnya yang entah pergi ke mana. Sejak itu, Asdar tinggal bersama ibunya yang berstatus sebagai pekerja di ladang tersebut.

    Baru-baru ini, saya sempat berbincang santai dengan penggemar futsal itu. Ia bercerita bahawa pada Julai 2023, dirinya baru sahaja menyelesaikan pengajian ijazah (Strata 2) dalam bidang Teknologi Pendidikan di Universitas Pelita Harapan (UPH), Jakarta. Pada 2021, gelar diplomanya (Strata 1) juga sudah diraihnya dari Universitas Padjadjaran, Bandung, bidang Hubungan Antarabangsa. Kedua-dua program tersebut diselesaikannya menerusi bantuan biasiswa dari Pemerintah Republik Indonesia.

    Di tengah kesibukannya belajar, Asdar juga sangat aktif dalam beberapa aktiviti positif. Antaranya di Ruang Prestasi Yayasan Pandu Pertiwi (Januari 2021-sekarang), pernah praktikal di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur (2020) dan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau (2019). Paling menarik mungkin adalah ini: pernah menjadi kakitangan di Gugus Tugas Percepatan Proyek Strategis Nasional, Pejabat Staf Kepresidenan RI di Jakarta (Julai-Ogos 2023).

    Siapa Asdar? Pandai sekali anak muda ini. Jangan terkejut: dia ternyata alumni Community Learning Center (CLC) peringkat Sekolah Dasar (Sekolah Rendah/SD) dan Sekolah Menengah Pertama (SMP/Tingkatan 1-3) Ladang Permodalan 1 (2006-2014), yang terletak di ladang tempat dia lahir. Kemudian, dengan mendapatkan biasiswa afirmasi pendidikan menengah (Adem) dari Pemerintah Indonesia, dia melanjutkan pendidikan jenjang
    Sekolah Menengah Atas (SMA/Tingkatan 4-6) di SMA Permata Insani Islamic School (2014-2017), Banten. CLC merupakan tempat belajar sederhana bagi anak-anak Pekerja Migran Indonesia (PMI) kelahiran Sabah, untuk peringkat SD dan SMP.

    ALSO READ:  Polis tegur komen tak sesuai kes Zayn Rayyan di TikTok

    Sebelumnya, pada 1 Disember 2008, kerajaan Malaysia sudah lebih dahulu memberi kebenaran pengoperasian Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) untuk matlamat yang sama. Di Sarawak pula, CLC juga sudah dibenarkan beroperasi mulai Januari 2016 untuk peringkat SD. Jadi sampai hari ini, menurut data di SIKK sebagai sekolah induk, terdapat 238 CLC di Sabah dan 58 CLC di Sarawak, dengan jumlah keseluruhan muridnya 15,244 pelajar peringkat SD dan 5118 pelajar peringkat SMP.

    Asdar sememangnya alumni CLC yang berjaya. Tapi dia bukan satu-satunya. Sudah ada kira-kira 3,000 alumni CLC lain dari Sabah yang juga berjaya melanjutkan pendidikan ke peringkat SMA, SMK, Diploma dan S1. Semua mereka capai selepas melalui proses panjang penuh perjuangan yang tak ringan, di bawah bimbingan dan sokongan guru-guru andalan, apalagi tinggal di ladang-ladang yang sarat dengan kepayahan.

    “Inilah sememangnya matlamat utama Pemerintah Republik Indonesia membina SIKK dan CLC di Negeri di Bawah Bayu ini, selepas dibenarkan oleh Pemerintah Malaysia. Iaitu memberikan layanan pendidikan asas untuk anak-anak PMI (usia 6-15 tahun) dan seterusnya memberikan biasiswa dan kemudahan untuk mereka melanjutkannya pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Indonesia,” kata Rafail Walangitan, Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu dalam sebuah ucapannya.

    Kurikulum, sistem pendidikan dan peraturan penyelenggaraan pembelajaran di SIKK dan CLC sama persis seperti yang diselenggarakan di Indonesia. Guru-guru profesional daripada Indonesia dihantar oleh Pemerintah untuk membantu guru-guru yang ada. Tidak ketinggalan juga penghantaran dana bantuan operasional tahunan yang jumlahnya tidak sedikit untuk kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran di tempat-tempat hambaan pendidikan tersebut.

    Apa yang sudah dilakukan Pemerintah Indonesia melalui SIKK dan CLC itu membuat Zulkifli amat merasa kagum. Mengikut Guru Sejarah di salah satu Sekolah Kebangsaan Malaysia di Kundasang itu, anak-anak PMI di Sabah amatlah beruntung dengan perhatian yang sangat besar dari kerajaan.

    ALSO READ:  Guilin seeks sister city ties with Kota Kinabalu

    “Pelbagai upaya masih harus terus dilakukan untuk menelusuri, mencari dan mengasah potensi dan bakat dari “mutiara-mutiara” yang masih terpendam di belantara perkebunan sawit Malaysia yang sangat luas.”

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts