Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Elak jadi generasi terkurung

    ULASAN | Elak jadi generasi terkurung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perubahan dan kemajuan teknologi telah mengubah cara hidup manusia. Martin Heidegger pernah merenung tentang hubungan timbal balik antara teknologi dan manusia. Heidegger berpendapat bahawa teknologi moden telah menyebabkan perasaan terasing dalam diri manusia kerana bergantung pada teknologi.

    Contohnya, media sosial mempengaruhi imej diri seseorang yang tidak mencerminkan identiti sebenar. Pengguna media sosial sering memaparkan identiti yang berbeza dari diri sebenar mereka. Selain itu, komunikasi digital yang menggantikan interaksi bersemuka juga menyebabkan kurangnya hubungan emosi dan pemahaman. Interaksi melalui teks, emotikon, dan mesej ringkas sering disalahfahami.

    Terlalu banyak masa yang dihabiskan dalam dunia maya juga dapat merenggangkan hubungan individu dengan pengalaman di dunia sebenar. Urbanisasi telah mencipta generasi yang lebih suka tinggal di dalam dan melakukan aktiviti di dalam kediaman masing-masing. Mereka berinteraksi dengan rakan dan keluarga secara maya, belajar secara maya, menonton rancangan TV dalam talian, dan bersenam di gim dalam talian.

    Generasi terkurung juga terjejas dari segi kesejahteraan mental dan kesihatan fizikal. Mereka merasa terasing dan kesunyian akibat kurangnya interaksi sosial. Kurangnya pendedahan kepada alam semulajadi boleh meningkatkan tekanan dan kebimbangan mental. Kurangnya cahaya matahari dan ventilasi yang kurang baik dalam kehidupan terkurung juga dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti kekurangan vitamin D, masalah pernafasan, dan alahan.

    Pilihan hidup terkurung ini bukan norma dalam Islam. Al-Quran menasihati manusia untuk keluar dan menghargai keajaiban penciptaan Allah. Melalui tafakkur, manusia dapat melepaskan diri dari tekanan dan kegelisahan serta memusatkan perhatian kepada Allah. Amalan dalam Islam juga menekankan pentingnya hidup berjemaah dan berbakti kepada masyarakat.

    Rasulullah juga memberikan contoh kepada umatnya tentang pentingnya menjaga kesihatan tubuh dan hidup bermasyarakat. Dalam hadis, Nabi mendorong umat untuk senaman, berkumpul bersama, dan saling mengunjungi. Oleh itu, melalui amalan dan ajaran Islam, seseorang dapat mengubah hidupnya dari sepi dan terkurung menjadi hidup yang dihargai dan menghargai.

    ALSO READ:  Kes rasuah ujian air kencing: SOP baru hospital lebih ketat - Exco

    Penggunaan gajet perlu dikawal agar tidak mencapai tahap ketagihan. Islam sebagai agama fitrah membolehkan manusia untuk hidup mengikut fitrah semulajadi mereka.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts