Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Isu takfiri, Khawarij baru dan penggunaan kata kafir

    ULASAN | Isu takfiri, Khawarij baru dan penggunaan kata kafir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Mohd Na’im Mokhtar menyatakan gelombang pemikiran khawarij baharu dan takfiri di Malaysia berada pada tahap membimbangkan.

    Pemikiran khawarij baharu iaitu menjatuhkan mana-mana pemerintah yang dilabelkan sebagai zalim manakala takfiri pula merujuk kepada tuduhan mengkafirkan orang lain dengan mudah.

    Golongan keterlaluan atau melampau (ghuluw) ini menerapkan kefahaman ekstrem dalam memahami dan mengambil sesuatu tindakan. Ghuluw dalam beragama adalah sikap melampau batas dalam perintah agama.

    Begitu juga, isu terkait insiden melempar bola api ke kedai serbaneka KK Super Mart cawangan Sungai Isap, Kuantan dan Bidor, Perak susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dianggap keterlaluan.

    Ikim senada dengan usaha kerajaan yang akan senantiasa memantau pengajaran agama Islam di semua platform supaya tidak menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

    Ini juga selaras dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 5 Mei 1996 bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan ASWJ dari segi akidah, syariah dan akhlak.

    Berhubung isu panggilan kafir, terdapat sekurang-kurangnya 310 tempat menyebut perkataan kafir dalam al-Quran dan al-Hadis. Meskipun begitu, menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi, hanya terdapat dua ayat sahaja dalam al-Quran yang memanggil mereka secara langsung dengan panggilan “Wahai orang-orang kafir” iaitu dalam surah at-Tahrim ayat 7 dan surah al-Kafirun ayat 1. Ketetapan ini menunjukkan perbezaan antara keimanan dan kekufuran seseorang individu yang penggunaannya tidak berubah.

    Melihat kepada keadaan dan konteks yang berbeza seperti dalam interaksi antara orang Islam dan bukan Islam, menurut Syeikh Yusuf al-Qaradawi dan Datuk Prof Madya Luqman Abdullah, mufti Wilayah Persekutuan, boleh memanggil orang-orang yang berbeza agama dengan Islam dengan panggilan bukan Muslim (non-Muslim/ghayru Muslim). Istilah ini lebih harmoni dalam konteks di Malaysia yang menyaksikan kepelbagaian agama.

    ALSO READ:  Rohingya demand end to violence on seventh anniversary of flight from Myanmar

    Dalam Kajian Piagam Harmoni Malaysia (PHM) yang sedang dijalankan oleh pihak Ikim juga, terdapat perkara-perkara ditekankan ke arah usaha mewujudkan masyarakat harmoni yang memerlukan kerjasama setiap masyarakat Malaysia.

    Oleh yang demikian, pendekatan hidup dalam keadaan aman dan damai seperti ditekankan dalam Fiqh al-Ta’ayush (peaceful co-existence) hendaklah diterapkan dalam semua lapisan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya.


    PROF MADYA MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL ialah ketua pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts