Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Kemaman untuk Kemaman vs Dr Sam untuk semua

    ULASAN | Kemaman untuk Kemaman vs Dr Sam untuk semua

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK Kemaman | Memasuki separuh masa kedua, kesibukan kempen di parlimen Kemaman sebelum wisel penamat ditiup semakin dirasai walaupun cuaca dingin menyelimuti kehangatan suasana pilihan raya kecil itu.

    Di atas padang sama rata, menyaksikan calon BN, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan lawannya mewakili PN, Ahmad Samsuri Mokhtar menggunakan formasi dan strategi tersendiri dalam mengawal tempo berkempen.

    Di pihak BN, pemerhatian Malaysiakini mendapati pergerakan kempen calonnya lebih menyerlah walaupun modus operanandi digunakan adalah strategi biasa.

    Raja Mohamed Affandi banyak memberi tumpuan menyantuni pengundi Kemaman dengan ziarah dari rumah ke rumah, tempat-tempat tumpuan seperti masjid, kedai makan, hospital, pasar, dan seumpamanya dengan jadual kempen yang padat sepanjang hari.

    Pendekatan ini diambil dengan sasaran bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan berkenaan sekali gus memberikan sentuhan peribadi dan pengharapan kepada rakyat.

    Selain pergerakan calon, pasukan BN yang dibantu kekuatan jentera PH banyak menyusun program-program berasingan dalam meraih perhatian dengan sasaran dan segmen pengundi tertentu.

    Misalnya kehadiran Setiausaha Agung DAP Anthony Loke walaupun dalam masa singkat, sempat mengadakan ceramah kempen di kawasan majoriti pengundi Cina dalam memastikan segmen pengundi bukan Melayu berpihak kepada calon kerajaan perpaduan.

    Begitu juga pergerakan pemimpin utama dalam Umno, PKR dan Amanah yang tidak semata-mata berpusat mengikuti pergerakan calon, sebaliknya mensasarkan segmen yang mungkin di luar jangkauan calon atas faktor keterbatasan waktu.

    Bagi pasukan kempen Perikatan Nasional (PN) pula, calonnya Ahmad Samsuri dilihat tidak memberi tumpuan sepenuhnya atau sepanjang hari untuk berkempen.

    Sebaliknya dia hanya meluangkan masa pada waktu dan program-program tertentu. Pendekatan itu mungkin diambil disebabkan dia seorang pemimpin yang sudah cukup dikenali apatah lagi memegang jawatan Menteri besar Terengganu.

    ALSO READ:  Penipuan kuota pekerja asing: Kami yakin proses semakan Malaysia - Kedutaan Nepal

    Namun, di sebalik keadaan itu jentera PAS dan PN pastinya tidak berpeluk tubuh. Bahkan mereka sudah pun bergerak dari awal sebelum tempoh berkempen lagi dengan pelbagai program dan gerak kerja tersendiri.

    Justeru, dari segi kempen, PN mempunyai kelebihan kerana akses kepada pengundi yang lebih terbuka memandangkan sebahagian besar pengundi sudah pun berpihak kepada mereka pada PRU ke-15 lalu.

    Memasuki hari-hari di penghujung kempen sebelum menjelang hari pengundi 2 Dis nanti, kedua-dua pihak pastinya akan meningkatkan momentum kempen masing-masing.

    Beberapa pimpinan utama juga dijangka akan turun padang dalam usaha menebalkan pengaruh calon masing-masing.

    Difahamkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka akan turun berkempen di Kemaman pada 29 Nov nanti, manakala bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga dikatakan akan turun beraksi menjelang kemuncak tempoh berkempen.

    Kemaman untuk Kemaman

    Sementara itu berdasarkan perjalanan kempen separuh masa pertama, calon BN melalui tagline ‘Kemaman untuk Kemaman’ mengambil peluang sebanyak mungkin untuk memperkenalkan dirinya kepada khalayak pengundi.

    Sebagai individu dibesarkan di daerah itu, Raja Mohamed Affandi diuar-uarkan dan diketengahkan sebagai ‘hero’ negara berdasarkan pengalaman sebagai panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    BN dan PH juga banyak memberikan tumpuan memperjelaskan kebaikan sekiranya Kemaman diwakili seorang wakil rakyat yang selari dengan kerajaan perpaduan.

    Antara lain Loke yang juga Menteri pengangkutan dalam ceramahnya di hadapan pengundi Cina di Cukai Khamis lalu menjelaskan betapa Kemaman antara kawasan yang akan mendapat kebaikan dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECLR).

    Menurutnya, melalui perkhidmatan kargo ECRL akan memudahkan lebih banyak sektor perindustrian dibangunkan di kawasan termasuk dengan peranancangan-peranancangan kerajaan.

    Sementara itu BN dan PH juga melontarkan naratif bahawa Kemaman akan mempunyai kelebihan sekiranya berjaya menjadi satu-satunya kerusi parlimen dimenangi mereka di Negeri itu.

    ALSO READ:  SRC bawah Najib jadi mangsa penipuan skala besar, kata peguam

    Namun, tidak kurang juga terdapat ucapan-ucapan pimpinan mereka yang bersifat menyerang kelemahan lawan misalnya dalam hal pentadbiran Negeri Terengganu atau menyentuh mengenai pendirian politik PAS khususnya.

    Dr Samsuri untuk semua

    Di pihak PN pula, kandungan kempen mereka banyak berkisar mengenai kegagalan kerajaan persekutuan diterajui Anwar Ibrahim yang didakwa tidak menyelesaikan masalah rakyat.

    Selain itu, isu-isu semasa seperti penganjuran konsert Coldplay turut menjadi modal kempen mereka.

    Pemimpin PAS juga tidak ketinggalan mengupas isu-isu di sebalik kerjasama antara Umno dan DAP.

    Seperti mana naratif dalam PRU ke-15 dan PRN lalu, satu undi kepada BN adalah satu undi kepada DAP masih bergema dari pentas-pentas ceramah PN.

    Namun, fokus utama PAS khususnya dilihat cuba memperjelaskan mengapa Ahmad Samsuri atau juga dikenali sebagai Dr Sam dipilih sebagai calon mereka.

    Menteri besar Terengganu itu dipamerkan sebagai seorang tokoh masa depan PAS yang diharap dapat dapat menerajui pentadbiran negara dan atas faktor itu mungkin menyebabkan tagline ‘Dr Sam untuk semua’ diperkenalkan dalam kempen mereka.

    Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya memberi gambaran bahawa Ahmad Samsuri diperlukan di Dewan Rakyat.

    Dia turut melontar isyarat bahawa kejayaan Adun Ru Rendang itu mengemudi pentadbiran Negeri juga diperlukan untuk menyumbang kejayaan di peringkat nasional.

    Justeru, berdasarkan kempen-kempen yang telah dan sedang berlangsung dilihat seimbang jika diambil kira dari sudut naratif, gerak kerja dan kekuatan jentera.

    Namun, PN masih berada di hadapan memandangkan jurang besar majoriti yang direkodkan dalam keputusan PRU ke-15 lalu. Lebih 27,000 adalah angka selamat untuk PN membawa Ahmad Samsuri ke Parlimen dan BN memerlukan keajaiban luar biasa.

    ALSO READ:  India tindak balas usir diplomat Kanada

    N FAIZAL GHAZALI ialah wartawan Malaysiakini.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts