Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Kembalikan PRN serentak PRU

    ULASAN | Kembalikan PRN serentak PRU

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk penggal ke-15 di enam Negeri telah berakhir bagi Negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu. Keputusan pilihan raya tersebut sudah diketahui dan ketua kerajaan masing-masing Negeri telah dilantik. Tahniah kepada pihak yang menang.

    Ironisnya, PRN untuk Negeri-Negeri tersebut kali pertama dilaksanakan secara berasingan dengan pilihan raya umum (PRU) bagi memilih ahli parlimen. Sebelum ini, negara kita melaksanakan PRU yang bersekali dengan PRN di semua Negeri kecuali Negeri Sarawak.

    Namun, mulai tahun 2020, beberapa Negeri telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing lebih awal dari lima tahun mandat semasa. Oleh itu, pelaksanaan PRN secara berasingan telah berlaku dengan PRN Sabah pada September 2020, PRN Melaka pada November 2021, PRN Johor pada Mac 2022, dan PRU Penggal ke-15 yang bersekali dengan PRN Perlis, Perak, dan Pahang pada November 2022. PRN Sarawak yang diadakan pada Disember 2021 adalah kes khas kerana ia memang didakan secara berasingan sejak sebelum ini.

    Oleh kerana pelaksanaan PRU dan PRN secara berasingan ini, negara kita bakal menghadapi pilihan raya hampir setiap tahun. Hanya satu tahun sahaja dalam tempoh lima tahun tiada pilihan raya. Contohnya, untuk tempoh 2023-2027, hanya tahun 2024 yang tiada pilihan raya.

    Justeru, seterusnya akan berlaku PRN Sabah pada September 2025, PRN Melaka pada November 2026, PRN Sarawak pada Disember 2026, PRN Johor pada Mac 2027, diikuti PRU peringkat Persekutuan dan PRN Perlis, Perak, dan Pahang pada November 2027. Ini adalah urutan pelaksanaan pilihan raya yang berbeza dan tidak sistematik seperti sebelum ini.

    Walau bagaimanapun, saya berharap kerajaan perlu melihat semula pelaksanaan berasingan PRU dan PRN. Kajian, inisiatif, pertimbangan, dan usaha perlu dibuat untuk mengembalikan pelaksanaan PRU dan PRN secara serentak. Pelaksanaan berasingan ini akan menyebabkan negara kerugian dana awam yang banyak untuk kos pelaksanaan pilihan raya.

    ALSO READ:  Zahid: Jangan tunggang agama demi capai hasrat politik

    Kos pelaksanaan PRU dan PRN secara berasingan yang telah berlaku adalah seperti berikut – PRN Sabah 2020 (RM130 juta), PRN Melaka 2021 (RM46 juta), PRN Sarawak 2021 (RM150 juta), PRN Johor 2022 (RM96 juta), PRU15 dan PRN Perlis, Perak, dan Pahang 2022 (RM1.01 bilion), serta PRN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu 2023 (RM420 juta). Jumlah keseluruhan kos pelaksanaan PRU dan PRN ini ialah RM1.85 bilion, jauh lebih besar daripada kos pelaksanaan PRU secara serentak dengan PRN pada 2018 iaitu hanya sekitar RM400 juta.

    Banyak dana awam yang dapat dijimatkan jika pelaksanaan PRU dan PRN disekalikan. Selain itu, pelaksanaan berasingan ini juga akan menyusahkan rakyat kerana mereka perlu membuang undi dua kali pada tarikh yang berbeza dalam tempoh lima tahun. Situasi ini akan meningkatkan kos perbelanjaan untuk pulang ke tempat mengundi, terutamanya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang meningkat.

    Apabila negara kita kerap melalui tempoh pilihan raya hampir setiap tahun, ada kemungkinan rakyat akan menjadi bosan. Parti-parti politik akan kerap berkempen manakala masyarakat akan menjadi terlalu obses dengan politik. Suasana ini akan merencatkan usaha untuk membangunkan negara ke tahap yang lebih baik.

    Hubungan yang baik di antara ahli keluarga, rakan taulan, dan masyarakat pelbagai kaum juga dapat terjejas kerana pendekatan politik partisan di negara kita. Sentimen kaum dan agama kerap dimainkan untuk meraih undi dan sokongan. Hal ini perlu diberikan perhatian.

    Kerajaan perlu mengkaji semula pelaksanaan berasingan PRU dan PRN agar negara dapat menjimatkan dana awam serta mengurangkan kesulitan yang dialami oleh rakyat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts