Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Kenapa waktu India sentiasa beza 30 minit dengan negara lain?

    ULASAN | Kenapa waktu India sentiasa beza 30 minit dengan negara lain?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    India menetapkan waktunya dua jam setengah di belakang Malaysia, sembilan jam setengah lebih awal daripada New York, lima jam setengah lebih awal daripada London, dan tiga jam setengah lebih lambat daripada Tokyo.

    Semuanya terdapat beza 30 minit, sedangkan negara lain semuanya genap sejam.

    Waktu di India selalu kurang dari satu jam penuh bila dibandingkan dengan kebanyakan negara lain.

    Mengapa penentuan waktu melibatkan India ini unik?

    India termasuk dalam kelompok kecil negara yang menetapkan perbezaan waktu 30 minit, bersama negara-negara seperti Iran, Myanmar, dan beberapa wilayah di Australia.

    Secara geografi, India melewati dua zon waktu yang berbeza, namun tetap menggunakan satu waktu yang sama untuk keseluruhan negara.

    Zon waktu setengah jam ini bermula sejak zaman kolonial, ketika perkembangan sistem pengangkutan seperti kapal wap dan kereta api mula memperkenalkan konsep waktu global.

    Sejarah penetapan waktu di India

    Setiap kawasan di India mempunyai waktu setempat yang berbeza-beza. Di era penjajahan, Syarikat Hindia Timur Inggeris Memainkan perananan penting mengatur waktu di India.

    Mereka melakukan pemerhatian pertama di Asia yang terletak di Madras (sekarang dikenali sebagai Chennai). Waktu setempat di sana kemudian dijadikan asas bagi Waktu Piawai India pada awal abad ke-19.

    Proses untuk menyeragamkan waktu ini tidaklah mudah. Perselisihan antara kota-kota besar dan keperluan global untuk menyelaraskan perjalanan dan mendorong penubuhan zon waktu antarabangsa pada pertemuan di Washington pada tahun 1884.

    Namun, di India, usaha untuk menggunakan Waktu Madras terus berlanjutan sehingga akhirnya diterima secara keseluruhan pada tahun 1905.

    Politik dan zon waktu

    Zon waktu di India mencerminkan pengaruh politik, ilmiah, dan komersil yang luas. Pada awal abad ke-20, terdapat cadangan untuk menyesuaikan waktu India agar lebih dekat dengan GMT, namun pemerintah kolonial memilih untuk menetapkan waktu yang berada tepat di Tengah iaitu lima setengah jam lebih awal dari GMT.

    ALSO READ:  Huge protests in Niger call for French forces to leave after coup

    Kontroversi mengenai zon waktu bukanlah sesuatu yang baru. Negara-negara lain seperti Venezuela dan Korea Utara telah mengubah zon waktu mereka atas alasan politik atau sosial.

    Di India, perdebatan mengenai waktu terus berlangsung, terutamanya di wilayah timur laut yang mengalami matahari terbit dan terbenam hampir dua jam lebih awal daripada wilayah barat.

    Impak sosial 

    Makmal Fizikal Kebangsaan India telah mencadangkan dua zon waktu untuk mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh zon waktu tunggal, terutama di wilayah timur laut.

    Kajian menunjukkan bahawa perbezaan waktu ini memberi kesan kepada corak tidur dan, akibatnya, kepada prestasi pendidikan anak-anak di kawasan tersebut.

    Namun, walaupun ada desakan kuat untuk perubahan, pada tahun 2019 parlimen India menolak cadangan untuk memperkenalkan dua zon waktu atas alasan strategik yang tidak dijelaskan.

    Zon waktu India yang kaya dengan sejarah dan rumit menunjukkan bahawa dasar waktu dapat memaparkan sejarah, politik, dan perubahan sosial suatu negara.

    Walaupun banyak cabaran dan perbincangan, nampaknya India akan terus menggunakan zon waktu yang unik ini untuk waktu yang akan datang.


    Rencana ini diolah semula daripada CNN oleh wartawan pelatih SITI NUR SHAHIRAH OMAR.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts