Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Kita akan tuai apa yang kita tanam

    ULASAN | Kita akan tuai apa yang kita tanam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Negara digemparkan dengan sebuah lagi premis perniagaan milik KK Mart yang dilempar dengan bom petrol. Kali ini di cawangan Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

    Nampaknya ‘api kemarahan’ dalam sesetengah anggota masyarakat berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah masih belum reda. 

    Ya, rasa marah itu wajar kerana yang dihina itu nama Allah, namun sejauh mana kewajaran tindak balas susulan perasaan marah tersebut? Adakah kemarahan atas nama agama membenarkan tindakan keganasan yang dilarang oleh agama? 

    Lupakah kita bahawa matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang tidak baik?

    Nampaknya, meskipun tindakan undang-undang sedang diambil oleh pihak berkuasa, segelintir ahli masyarakat masih terkeliru tentang reaksi dan tindak balas yang perlu diambil untuk menzahirkan rasa amarah terhadap pihak yang terlibat dengan insiden stoking ini. 

    Di celah-celah itu, terutamanya ketika insiden ini baru bermula, muncul pemimpin dan individu-individu yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat sama ada dari kelompok politik atau agama yang membuat ulasan dengan nada ‘berapi-api’ yang memanaskan lagi keadaan.

    Masyarakat Islam tidak boleh berdiam diri, mereka perlu lakukan sesuatu dan perlu ‘mengajar’ pihak yang terbabit demi untuk memelihara ketinggian aqidah Islam, demikian antara yang dinyatakan. 

    Meskipun saranan untuk masyarakat Islam memberi tindak balas itu tidak bermaksud untuk menyuruh mereka melakukan tindakan keganasan tetapi melalui tindak balas lain seperti boikot dan sebagainya, namun ucapan berapi-api seperti ini juga sebenarnya akan membuka ruang untuk ditafsirkan sebagai perbuatan keganasan oleh sesetengah pihak. 

    Sebagai pemimpin masyarakat yang mempunyai pengaruh, pemimpin politik dan agama perlu faham yang masyarakat di bawah mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Justeru, jika dimainkan dan diapi-apikan sentimen kaum dan agama yang dekat dengan mereka, mereka akan mudah melakukan tindakbalas di luar kawalan. 

    ALSO READ:  Capitol riot defendants face upheld trespassing charges in US court

    Apalagi jika berkait dengan kesucian agama, sudah tentu mereka akan sanggup lakukan apa sahaja.

    Di sini lah sebenarnya letaknya kebijaksanaan dan perananan penting pemimpin masyarakat untuk memperbetulkan keadaan. Gunalah pengaruh yang ada untuk memimpin dan mendidik masyarakat. 

    Jangan mainkan emosi mereka sehingga mereka terdedah untuk mengambil tindakan sendiri termasuk tindakan di luar batas undang-undang. Saya ingin petik titah pesanan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang baru-baru ini mengingatkan kita bahawa kemarahan yang berlarutan tidak akan menguntungkan sesiapa. 

    Semua pihak, terutamanya pemimpin masyarakat perlu bertindak matang. Baginda menyeru agar pemimpin masyarakat mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukan perpecahan. Inilah peluang untuk mendapat pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain dalam masyarakat kita yang majmuk, agar perkara sebegini tidak berulang lagi.

    Ingatlah, apa yang kita tanam, itulah yang kita akan tuai. Jika kita tanam gandum, mana mungkin kita akan menuai padi. 

    Begitulah juga, jika kita gemar menanam benih kebencian, mana mungkin kita akan mendapat anggota masyarakat yang hormat-menghormati dan yang cintakan kasih sayang, perpaduan dan keharmonian. 

    Sebagai pemimpin dan ahli masyarakat, semaikanlah benih kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama ahli masyarakat. Didiklah generasi kita untuk menghargai kepelbagaian yang ada dalam negara ini. Jangan gunakan platform media sosial untuk mengadu domba dan menyebar kebencian. 

    Ya, memang tidak dinafikan ada kesilapan dan kekhilafan tertentu yang timbul dalam kalangan masyarakat yang dilakukan oleh mana-mana kelompok tertentu, namun ia bukan tiket untuk menyemai kebencian kerana tindakan salah kelompok masyarakat itu tidak mencerminkan semangat perpaduan yang wujud dalam majoriti rakyat dan ahli masyarakat yang lain. 

    Paling penting, semua mesti faham yang negara kita ada undang-undang. Jika berlaku apa-apa insiden pelanggaran undang-undang, serahkan kepada pihak berkuasa dan jangan sekali-kali mengambil tindakan sendiri di luar batasan undang-undang.

    ALSO READ:  Azeem clears preliminary 100m race

    PROFESOR MADYA NISAR MOHAMMAD AHMAD ialah pensyarah kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts