Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | K'jaan perlu ambil tanggungjawab moral isu hukuman Najib

    ULASAN | K’jaan perlu ambil tanggungjawab moral isu hukuman Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    ULASAN | Kira-kira sembilan tahun yang lalu pada 1 Ogos 2015, Liga Rakyat Demokratik melalui Gerakan Anak Muda Demi Malaysia telah menuntut agar Najib Razak ditangkap dan dihadap ke muka pengadilan berkenaan isu penyelewengan dan salah guna kuasa 1MDB dan anak syarikatnya, SRC International.

    Malah kami telah menyusun serta membawa orang ramai ke jalan raya untuk memberi tekanan ke atas kerajaan supaya dalang kepada skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah negara ini tidak terlepas.

    Beberapa tahun kemudian, melalui proses yang panjang, akhirnya rakyat boleh menarik nafas lega apabila Najib telah dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan.

    Malang sekali pada 2 Januari 2023 Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan bahawa hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman, selain pengurangan denda yang perlu dibayar. Tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000.00 dikurangkan kepada RM50,000,000.00.

    Dengan pendirian dan semangat menentang salah guna kuasa yang telah menghimpunkan rakyat di jalan raya Kuala Lumpur pada tahun 2015, Liga Rakyat Demokratik ingin menegaskan sekali nilai-nilai integriti dan keadilan melalui kenyataan-kenyataan berikut:

    Tiada kompomi untuk jenayah salah guna kuasa

    Kuasa dan amanah yang diberikan oleh rakyat bukan untuk kepentingan diri. Najib bukan sekadar melanggar amanah ini, malah beliau telah mengkhianatinya. Adakah Petisyen ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin politik termasuk Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim sendiri, serta mendapat sokongan 1.2 juta rakyat Malaysia pada tahun 2016 sudah dibakulsampahkan demi menjaga kesinambungan politik kerjaan hari ini?

    Tindakan Kerajaan Madani ini benar-benar akan merencatkan pergerakan Malaysia dalam mencapai visi serta Dasar Reformasi iaitu kemampanan dalam sektor undang-undang.

    ALSO READ:  Umno Youth calls for controversial citizenship briefing to be cancelled, not postponed

    Cukup bagi muka kepada individu yang menjadi liabiliti negara

    Kerosakan ekonomi kewangan negara berpunca dari rasuah, 1MDB dan isu salah guna kuasa Najib, yang turut mencengkam institusi perundangan telah membawa kesan kepada kehilangan kepercayaan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

    Kedudukan Malaysia dalan indeks Persepsi Rasuah (CPI) merudum selepas skandal 1MDB tular pada tahun 2014, Malaysia diletakkan di tangga ke-53, tertinggi sejak 2004. Segala kobobrokan yang sudah dilakukan individu-individu yang mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa amat berat dan memberi kesan yang terlalu mendalam kepada negara. Kami menggesa kerajaan supaya mengambil pendirian tegas dalam perkara ini, dan berhenti membagi muka kepada sesiapa yang terpalit dengan rasuah.

    Jangan runtuhkan sistem politik nilai di Malaysia

    Apa yang berlaku hari ini akan sama sekali meruntuhkan sistem politik nilai daripada lanskap politik dan imaginasi rakyat Malaysia. Ia membuktikan bahawa status dan jawatan dapat melindungi individu-indIvidu tertentu daripada berdepan dengan tindakan undang-undang. Ia juga memberikan gambaran yang jelas bahawa semangat kedaulatan undang-undang di negara ini hanya terpakai kepada golongan bawahan, namun tidak kepada individu-individu berpengaruh seperti Najib dan rakan-rakan seangkatannya.

    Ketika Malaysia berdepan dengan pelbagai permasalahan yang mencengkam rakyat, yang di atas sibuk menyelamatkan rakan mereka daripada berdepan akibat salah guna mereka dengan apa cara sekalipun. Adakah ini nilai moral yang ingin tunjukkan kepada rakyat serta generasi akan datang?

    Berhenti mengkhianati rakyat, hentikan penderitaan mereka

    Secara dasarnya, kesan skandal 1MDB amat dirasai rakyat kerana dana awam diguna untuk membayar semula hutang-hutang 1MDB sedangkan rakyat terbeban dengan pelbagai cukai dan dihimpit kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Ternyata kes 1MDB bukan kecil, ia melangkaui batas undang-undang negara dan antarabangsa dari pelbagai sudut.

    ALSO READ:  Cina berlindung di rumah presiden PAS pada 13 Mei - Tuan Ibrahim

    Pengampunan serta pengurangan denda ini telah menidakkan hak rakyat kepada kesejahteraan ekonomi jangka masa panjang dan terus melemahkan Malaysia di mata dunia, sekaligus melambatkan proses pemulihan ekonomi negara.

    Kami menuntut tanggungjawab ke atas Kerajaan Madani yang dilihat cukup senang melepaskannya sambil menyorok disebalik Lembaga Pengampunan. Kami membantah sekeras-kerasnya segala bentuk ancaman terhadap nilai integriti dan keadilan di negara.

    Kami mengingatkan kerajaan hari ini supaya tidak mengambil mudah akan tanggungjawab terhadap apa yang mereka janjikan, iaitu mengangkat nilai demokrasi dan keadilan sosial. Kami tidak teragak-agak untuk sekali lagi menyusun dan menyeru satu gerakan massa bagi menyelamatkan Malaysia, daripada terus dimusnahkan golongan pemerintah yang hanya memikirkan kelangsungan politik mereka.

    Hidup Rakyat!


    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts