Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN l Mengenang Abdullah CD: Mencabar naratif arus perdana

    ULASAN l Mengenang Abdullah CD: Mencabar naratif arus perdana

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    ULASAN l Abdullah CD, atau nama sebenarnya Che Dat Anjang, meninggal dunia pada usia 100 tahun. Beliau yang lahir pada 2 Oktober 1923 di Negeri Perak meraikan hari jadinya ke-100 pada bulan Oktober tahun lalu, dan meninggal dunia pada 13 Januari 2024 di rumahnya di Kampung Perdamaian, daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.

    Pemergian Abdullah CD menerima ucapan takziah dan pujian memperingati jasanya daripada pelbagai pihak, termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia Mohammad Sabu, yang menyifatkan pengorbanan Abdullah CD dan usahanya untuk memerdekakan Tanah Melayu begitu cemerlang sekali.

    Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim pula menyifatkan Abdullah CD sebagai seorang patriot, manakala bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud menyifatkan allahyarham sebagai tokoh penting dan berharap kerajaan mengiktiraf pengorbanannya.

    Pemergian Abdullah CD dan pujian terhadapnya mencabar naratif arus perdana mengenai Parti Komunis Malaya (PKM) memandangkan lensa politik kita diselaputi naratif perkauman. Ramai juga dalam kalangan masyarakat bukan Melayu yang berpendapat bahawa Chin Peng, seorang lagi pemimpin PKM, tidak mendapat pujian sedemikian. Malah, pembawaan balik abu Chin Peng juga telah mencetuskan kontroversi pada tahun 2019.

    Inilah caranya sentimen arus perdana perkauman yang cuba memaparkan bahawa PKM itu Cina dan Cina itu Komunis. Tulisan ini berniat memberi beberapa perspektif mengenai PKM untuk mencabar pemikiran dominan dalam kalangan rakyat yang dikongkong oleh propaganda penjajah, mentaliti Perang Dingin dan fahaman perkauman.

    PKM dan orang Melayu

    Ada dalam kalangan kawan-kawan sekolah saya yang terkejut apabila mengetahui bahawa pengerusi PKM adalah seorang Melayu. Untuk selama ini, mereka sering disajikan dengan satu nama sahaja, iaitu Chin Peng.

    ALSO READ:  Inti pati pembentangan kajian separuh penggal RMK12

    Ramai juga tidak faham bahawa terdapat juga ramai pejuang Melayu yang menyertai PKM. Nama-nama yang mungkin pernah disebut adalah seperti Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abu Samah, Kamarulzaman Teh, Musa Ahmad, Wahi Anwar dan Mat Indera.

    Malah, bumi Temerloh yang merupakan tempat lahirnya Tok Bahaman dikatakan lubuk buaian revolusi di Malaya yang melahirkan banyak pejuang kiri Melayu yang tidak mahu menjadi kaki ampu kepada penjajah.

    Rejimen ke-10 yang ditubuhkan pada bulan Mei 1947 merupakan sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (MNLA) yang kebanyakan ahlinya berbangsa Melayu. Menariknya adalah nama Rejimen ke-10 diambil sempena tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Korban.



    Adakah Anwar Ibrahim akan menghargai sumbangan orang kiri?

    Pada tahun 2003, Parti Keadilan Nasional (PKN) bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan mula dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bendera Parti Keadilan kemudian diubah suai dengan memasukkan dua jalur merah di dua belah simbol ‘mata lebam’ DSAI. Pada ketika itu, Anwar Ibrahim dan Syed Husin Ali mengatakan bahawa Parti Keadilan adalah kesinambungan perjuangan parti-parti dan pejuang-pejuang kiri sebelumnya.

    Nama-nama seperti Burhanuddin Helmy, Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin, Ahmand Boestamam dan lain-lain sering menjadi simbol pejuang kiri. Namun, setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan, hanya nama-nama yang serasi dengan politik Umno sahaja dipaparkan. Dengan Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia, maka adakah sumbangan daripada perjuangan golongan kiri yang lama dipinggirkan akan diangkat naik?

    Adakah sumbangan pejuang-pejuang kiri akan diberi penghormatan dan pengiktirafan setelah sekian lama sejarah negara ditulis oleh pihak yang menang dan faktanya berat sebelah? Adakah tempat pejuang-pejuang kiri akan diiktiraf atau ia hanya menjadi seperti dua jalur merah di atas bendera parti keadilan… diketepikan?

    ALSO READ:  Zelenskiy says he will propose tougher corruption measures this week

    S ARUTCHELVAN ialah Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM).

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts