Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN l Persoalan mengenai beras Madani

    ULASAN l Persoalan mengenai beras Madani

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Beras Putih Malaysia Madani Bakal Dijual Pada 1 Mac

    ULASAN l Kalau Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bagi kenyataan dengan tepat, media massa lapor dengan tepat dan saya faham kandungannya dengan tepat, maka cerita beras Madani ini adalah seperti berikut:

    Sekarang ini ada dua jenis beras di pasaran. Satu beras putih tempatan. Satu lagi beras putih import.

    Berkuatkuasa 19 Februari ini, akan ada satu jenis saja yang dijenamakan Beras Putih Malaysia Madani.

    Harga siling beras Madani ini adalah RM30 bagi beg 10 kilogram (kg). Ertinya satu kg RM3. Bagi pek lima kg, harganya RM15.50 atau RM3.10 satu kg. Pek satu kg pula berharga RM3.50.

    Ertinya, harga siling paling rendah RM3 sekilogram dan paling tinggi RM3.50.

    Sebelum ini, harga kawalan maksimum beras super special lima peratus (SSTS) adalah RM2.60.

    Syed Abu Hussin Hafiz ini adalah Pengerusi Pasukan Bertindak (Kluster Makanan), Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (Naccol).

    Jadi, sekiranya kefahaman dan congak saya berasaskan fakta-fakta di atas betul maka harga kawalan maksimum akan naik daripada RM2.60 bagi beras super special kepada RM3.50 bagi beras Madani atau perbezaan 90 sen.

    Maksudnya, harga Beras Putih Malaysia Madani ini lebih mahal daripada harga beras yang berkuatkuasa sejak 18 tahun lalu.

    Syed Abu Hussin dipetik sebagai berkata: “Ketetapan ini dibuat selepas mengambil kira tiada kenaikan harga beras putih selama 18 tahun dengan perkara ini sudah dibentang dan dipersetujui Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.”

    Beras dengan jenama Madani ini dijangka berada di pasaran mulai 1 Mac.

    Natijahnya, atas dalih hendak hapuskan manipulasi pasaran dan memotivasikan pesawah serta industri beras maka pengguna kena bayar harga siling 90 sen lebih tinggi.

    ALSO READ:  DUN Kelantan lulus usul gubal semula kesalahan syariah diisytihar batal

    A KADIR JASIN ialah bekas ketua pengarang kumpulan NSTP (M) Bhd dan pernah menjadi penasihat media kepada perdana Menteri.
    Tulisan ini asalnya disiarkan di media sosial dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts