Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN l Siapa pencetus sebenar Langkah Dubai?

    ULASAN l Siapa pencetus sebenar Langkah Dubai?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    ULASAN l Apa juga gerakan ke arah menumbang atau menukar kerajaan adalah mengenai kuasa eksekutif dan duit.

    Kuasa adalah bersamaan dengan duit bagi yang memegang tampuk kuasa. Bagi yang tidak berkuasa, harta yang ada boleh dibekukan atau disita.

    Kerana duit, ahli Parlimen pembangkang berpaling tadah menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mereka kata, mereka hendak peruntukan untuk kawasan.

    Justeru duit memainkan perananan penting dalam apa juga gerakan menjatuh atau menaikkan kerajaan. Slogan demi agama, bangsa dan negara hanyalah penyedap kata.

    Yang benar-benar bersuara adalah duit. Orang putih kata, money talks. Ada duit boleh cakap. Tak ada duit duduk senyap-senyap.

    Jadi tidaklah menghairankan kalau yang ditakuti oleh Kerajaan Madani adalah money. Oleh sebab itulah mana-mana pihak yang berduit (atau disyaki berduit) tetapi tidak menyokong kerajaan sangat dicurigai.

    Sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan setahun lalu, agensi-agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyiasat sesiapa sahaja yang disyakinya.

    Bagi orang yang tahu, siasat menyiasat sudah jadi amalan biasa. Apatah lagi selepas tumbangnya Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2018 dan rampas merampas kuasa menggunakan SD (akuan bersumpah atau statutory declaration) selepas itu.

    Sudah jadi amalan “engkau buat kepada aku, aku buat kepada engkau.” Orang putih kata, tit-for-tat.

    Saya pernah cerita bagaimana saya disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (pendahulu kepada SPRM) pada akhir tahun 1990-an bersabit dakwaan penglibatan Anwar Ibrahim dalam urusan pembelian lesen penjana elektrik bebas (IPP) oleh Realmild Sdn Bhd daripada dua individu Bumiputera. Saya adalah salah seorang ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Realmild ketika itu.

    ALSO READ:  Mindef pertimbang batal, buka tender jika kontraktor gagal hantar Black Hawk

    Dakwaan itu terkandung dalam akuan berkanun (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid, pada tahun 1999.

    Abdul Murad Khalid

    Sepanjang ingatan saya tidak ada tindakan susulan kepada siasatan itu. Boleh jadi kerajaan waktu itu hanya hendak tahu kesahihan dakwaan Murad, khususnya kemungkinan wujudnya “war chest” Anwar.

    Dalam persekitaran politik duit (money politics), tidak ada ahli politik boleh kekal lama, apatah lagi sebagai pembangkang, tanpa sumber kewangan yang sihat dan penyokong sektor swasta yang ramai.

    Seperti yang berlaku dengan rampasan kuasa tebuk atap tahun 2020 dan penggulingannya oleh kluster mahkamah Umno pada tahun berikutnya, unsur kuasa dan duit memainkan perananan penting. Sama ada duit politik atau peruntukan kerajaan.

    Dalam konteks semasa, Anwar sebagai perdana Menteri dan Menteri kewangan mempunyai kuasa pentadbiran, politik dan kewangan yang sangat kuat. Melainkan beliau sendiri lemah, adalah mustahil mana-mana pihak boleh menumbangkan beliau.

    Peruntukan di bawah kawalan terus beliau dalam Belanjawan 2024 hampir RM79 bilion, iaitu RM12 bilion di Jabatan Perdana Menteri dan RM66.57 bilion di Kementerian Kewangan. Mustahil musuh beliau mempunyai kuasa pentadbiran, politik dan kewangan yang lebih besar daripada beliau. Lagi pun banyak akaun mereka telah dibekukan dan harta mereka disita.

    Jadi apakah muslihat di sebalik hingar-bingar mengenai Langkah Dubai ini? Mungkinkah ia berasal daripada pihak kerajaan sendiri bagi meneruskan naratif dan diayah bahawa Anwar ini sentiasa dicemburui, dianiaya dan dikhianati oleh mereka yang berhati busuk?

    Dalam erti kata lain, Anwar sentiasa memerlukan nemesis (musuh) sebenar atau khayalan untuk memberi keabsahan kepada politiknya. Itulah kaedah beliau dan penyokongnya sejak zaman protes belia pada tahun 1970-an sehingga kepada zaman konformis Umno pada 1980-an dan 90-an, era reformasi selepas dipecat pada tahun 1998 dan kini era kuasa di Putrajaya.

    ALSO READ:  Feature: Chinese firm leverages solar-powered tablets to boost vocational skills of Kenya's off-grid communities

    A KADIR JASIN ialah bekas ketua pengarang kumpulan NSTP (M) Bhd dan pernah menjadi penasihat media kepada perdana Menteri.

    Tulisan ini asalnya disiarkan di media sosial dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts