Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN l Umno hanya boleh kembali relevan jika bersama PH-DAP

    ULASAN l Umno hanya boleh kembali relevan jika bersama PH-DAP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ulasan Mengenai Kepentingan DAP dalam Politik Malaysia

    ULASAN: Membenci DAP dan menjadikan parti yang dianggap serpihan PAP Singapura itu sebagai musuh tidak lagi relevan kalau politik mutakhir diambil kira. DAP sebahagian daripada kerajaan dan sokongan majoriti Cina dan bukan Melayu memperlihatkan parti itu lebih diterima berbanding Gerakan dan MCA mahupun MIC.

    Alasan sebahagian kecil pemimpin Umno yang mahu menjadikan DAP sebagai alasan adalah lebih berkiblatkan rasa tidak berpuas hati terhadap beberapa perjuangan “peribadi” yang belum selesai. Jika ini dijadikan alasan, percayalah politik negara akan terus terumbang ambing dan tidak stabil.

    Biarkan DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan dan “kawan politik” Umno. Apa salahnya di mata beberapa pemimpin Umno kerana soal berbeza pendapat tidak boleh dikawal sama ada dalam Umno mahupun DAP.

    Pastinya ada juga di kalangan pemimpin DAP yang tidak dapat menerima parti itu berbaik dan duduk semeja dengan Umno. Apa boleh buat kerana politik zaman terdahulu dengan sekarang jauh berbeza.

    Semua parti kena terbuka dan berlapang dada kerana keadaan sekarang tidak membenarkan mana-mana parti berseorangan dan dominan memerintah negara.

    DAP selalu disebut ancaman kepada orang Melayu.

    Apa ancaman DAP yang dikatakan bahaya kepada orang Melayu? Ia semata-mata kerana kepentingan politik dan bukan realiti kepada sebuah kerajaan stabil yang dipacu oleh kerajaan perpaduan. Ia adalah persepsi dan bermain dengan persepsi setiap masa mengundang perpecahan dan bahaya kepada semangat kemajmukan.

    Umno tidak punya pilihan. Kemelut yang berlaku menjadikan PH sebagai rakan yang tepat untuk mereka dan adanya DAP bersama sebagai rakan politik memungkinkan parti terbesar orang Melayu itu kembali relevan.

    Bacaan saya, DAP ikhlas mahu mengembalikan kepercayaan orang Melayu. Namun sedikit dosa lampau menyukarkan mereka diterima begitu cepat dan tentunya memerlukan masa untuk difahami sikap dan pendirian parti berteraskan orang Cina itu.

    ALSO READ:  Germany issues arrest warrant for Ukrainian diver in Nord Stream probe, media report

    “Dosa” pemimpin Umno yang terdahulu yang terlalu memburukkan DAP juga adalah satu kesilapan yang melampau kerana ia sudah menanamkan bibit kebencian yang keterlaluan dan sukar dikawal sehingga kita mengorbankan setiakawan dan persefahaman kaum.

    Umno tidak sepatutnya memusuhi DAP kerana kedua-dua parti itu tidak pernah bertembung sesama sendiri walaupun ada beberapa kali secara tidak sengaja dalam PRK dan PRU. Ia bukan satu kemestian DAP bertanding berlawan Umno kalau sejarah pilihan raya dirujuk.

    Bersatu dan PAS akan terus menjadikan DAP kambing hitam seperti Umno menyerang DAP ketika PH memerintah negara selama 22 bulan sewaktu Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana Menteri.

    Momokan terhadap DAP akan berterusan dan terpaksa dihadapi oleh kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

    DAP sentiasa akur dengan kedudukan agama Islam, hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

    Empat tahun yang masih panjang menjelang PRU16 sama ada DAP dan Umno masih mempunyai masa untuk menjelaskan beberapa perkara kabur yang boleh merencatkan hubungan yang pasti akan dikacau oleh parti lawan terutama Bersatu dan PAS.

    Kerajaan perpaduan yang ditunjangi PKR, DAP, Umno dan Amanah perlu membuktikan pengurusan kerajaan menjadi lebih baik dan ia secara perlahan akan menarik kepercayaan rakyat di masa akan datang.

    Pokok yang ditanam tak mungkin berbuah dalam beberapa hari kerana ia perlu dijaga dan dibajai sebelum hasilnya dituai.

    DAP wajib mempamerkan wajah yang tidak menakutkan orang Melayu dan jangan sesekali menunjukkan sikap yang membimbangkan Melayu. Saya penuh yakin dengan ketiadaan beberapa pemimpin parti itu yang lantang dan bercakap ikut sedap mulut, tugas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke lebih mudah.

    ALSO READ:  Lelaki warga Syria didakwa bakar bilik hotel

    Kepimpinan Loke kelihatan lebih terbuka dan lebih diterima orang Melayu.

    Kita perlu menyebut Bersatu dan PAS bukanlah sebuah parti yang dilihat jauh lebih baik berbanding Umno dan lain-lain parti.

    Apa yang dicari mereka ialah kuasa memerintah dan perkara yang sama akan berulang kalau mereka beroleh kesempatan ini.

    Maka tepuk dada tanya selera.

    Sentimen perkauman, perpecahan, fitnah dan adu domba seolah-olah menjadi permainan Bersatu dan PAS yang dilihat meroyan untuk kembali menjadi kerajaan. Kerajaan perpaduan adalah tonik terbaik waktu ini dan semua parti sepatutnya mendokong demi kestabilan politik dan ekonomi negara.

    Paling penting Umno jangan gentar dan teruskan memberi penerangan bersama-sama DAP. Inilah cabaran yang seharusnya ditempuhi.

    Umno perlu menerima kenyataan dan tidak perlu lari dari hakikat bahawa “perkahwinan politik” ditunjangi PH bersama DAP tidak boleh dielakkan kerana ini berlaku dalam politik alaf baru yang perlu ditangani dengan bijaksana.

    Jika turutkan hati Umno diyakini terus tenggelam dan jangan biarkan ahli parti bersuara sumbang dan jika boleh menggugat keselesaan gabungan biarkan mereka berehat dari Umno atau lebih tepat dipecat.

    DAHLAN MAAMOR adalah pemerhati dan wartawan politik. Dia pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan penasihat media, kerajaan Negeri Selangor.

    Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts