Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Manifesto, penting atau tidak?

    ULASAN | Manifesto, penting atau tidak?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Manifesto adalah tawaran baharu atau alternatif untuk pengundi dalam usaha mempertingkatkan pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat. Manifesto juga merancang pelbagai inisiatif mesra rakyat yang lebih segar dan progresif. Dalam tradisi pilihan raya kita, manifesto sentiasa penting dan rakyat menunggu tawaran dari setiap parti yang bertanding untuk memastikan pilihan mereka betul. Walaupun manifesto hanyalah tawaran, masyarakat tetap melihat ia sebagai sebuah janji yang perlu dipenuhi.

    Oleh itu, setiap parti perlu merangka manifesto dengan teliti, relevan, dan bukan semata-mata untuk populis kerana dokumen tersebut penting sebagai gagasan untuk mentadbir negara. Pengalaman pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam menetapkan setiap tawaran dalam manifesto. Rakyat kini tidak lagi percayakan manifesto kerana mereka telah dikecewakan pada PRU 14 yang lalu. Rakyat kini melihat lebih kepada personaliti calon dan sentimen semasa dalam menentukan kelebihan sesebuah parti. Rakyat tidak mahu lagi digula-gulakan.

    Sebagai seorang ahli politik, kita perlu tunduk kepada kehendak rakyat. Namun, kita juga perlu menyakinkan rakyat bahawa manifesto adalah blueprint serta jalan untuk sesebuah parti mencorakkan hala tuju negara. Tanpa manifesto, bagaimana rakyat ingin mengikat sesebuah parti supaya terus memikirkan nasib rakyat dan memperkuatkan ekonomi negara?

    Kekecewaan rakyat dan kegagalan parti melaksanakan manifesto mereka ada hikmahnya. Pertama, ia menunjukkan betapa pentingnya suara rakyat. Kedua, naratif politik setiap parti berubah secara drastik. Parti tidak lagi mudah menjanjikan bulan dan bintang, mereka terpaksa menurunkan calon yang berkualiti.

    Bagi saya, manifesto dalam konteks pilihan raya negeri (PRN) sebenarnya lebih penting dan berkesan. Ia lebih kecil skopnya dan tumpuan diberikan kepada kawasan dalam sebuah parlimen sebelum membentuk kerajaan negeri. Manifesto yang dihasilkan perlu lebih mudah dan efektif kepada masyarakat setempat. Hal-hal seperti saluran longkang tersumbat, jalan berlubang, kawasan parkir yang tidak mencukupi, atau ketiadaan perpustakaan perlu diambil kira dalam merangka manifesto. Kebersihan di kawasan perumahan dan kawasan bagi peniaga juga perlu diperhatikan.

    ALSO READ:  ULASAN | Menanti barisan baru pemimpin Amanah

    Untuk memastikan manifesto ini mampan dan tersusun, calon harus berbincang dengan NGO atau aktivis yang penting. Walaupun calon berhak merangka manifesto mereka sendiri, ia perlu selaras dengan manifesto negeri.

    Rina Harun merupakan ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) dan ketua Srikandi Bersatu, serta calon untuk DUN Batu Tiga dalam PRN Selangor. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts