Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Menanti barisan baru pemimpin Amanah

    ULASAN | Menanti barisan baru pemimpin Amanah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada tahun ini, sejarah akan tercipta dengan diadakannya pengundian parti Amanah yang dijangka akan berlangsung pada bulan Disember. Sebagai seorang orang awam dan ahli akademik, saya sangat berminat untuk melihat bagaimana pengundian ini akan membentuk masa depan sebuah parti yang dikenali sebagai ‘PAS 2.0’ namun lebih sederhana dalam gabungan kerajaan perpaduan sekarang.

    Amanah dilihat sebagai pemberi ‘wajah Islam dan Melayu’ kepada gabungan yang terdiri daripada parti-parti berbilang agama dan bangsa. Maksudnya, Amanah sepatutnya membawa reputasi sebagai ‘parti Islamik’ dan ‘parti Melayu’ untuk menentang naratif yang dibawa oleh PAS, terutamanya dalam Perikatan Nasional (PN).

    Selain itu, tema yang diangkat oleh Amanah sebagai sebuah gerakan politik Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam (Rahmatan lil a’lamin) adalah satu gerakan yang berpotensi besar untuk berjaya dalam sebuah negara yang pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

    Berbalik kepada isu utama, pengundian ini seharusnya menjadi titik tolak bagi Amanah untuk menjadi sebuah parti yang lebih relevan dan signifikan, terutamanya dalam menghadapi PRU16. Walaupun PRU akan berlangsung dalam masa yang masih lama, pengundian ini tetap penting dalam membentuk kesinambungan parti yang berpotensi untuk menjadi sandaran utama masyarakat Melayu Islam.

    Namun, dari sudut prestasi parti Amanah dalam konteks PRU15 dan PRN yang lalu, keputusan pilihan raya sebelum ini belum begitu memberikan keyakinan. Amanah hanya mampu memenangi lapan kerusi parlimen daripada 54 yang dipertandingkan, malah mengalami penurunan tiga kerusi berbanding PRU14.

    Alasan yang diberikan adalah adanya gelombang sentimen Melayu Islam yang dimanfaatkan dengan menjadikan DAP sebagai “punching bag”. Ini merupakan kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil.

    ALSO READ:  Pendakwaan kemuka 11 alasan mohon hentikan prosiding kes Zahid

    Selain itu, prestasi Amanah juga tidak memuaskan dalam PRN yang berlangsung pada bulan Ogos lalu. Parti tersebut hanya berjaya mencipta kemenangan di lapan DUN daripada 31 yang dipertandingkan.

    Walaupun kebanyakan DUN yang dimenangi oleh Amanah terletak di kawasan kuat Pakatan Harapan seperti Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan, Amanah berjaya memecahkan dominasi PAS di Kelantan dengan merampas satu DUN di sana. Ini bisa dijadikan indikator yang kuat dan sebagai ‘a wake up call’ yang sangat penting bagi Amanah untuk melakukan perubahan.

    Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam sebuah coretan beliau menjelaskan bahawa Amanah gagal untuk menarik undi orang Melayu terhadap parti tersebut. Orang Melayu lebih cenderung menyokong PAS atas beberapa faktor tertentu. Faktor-faktor ini banyak diterangkan, tetapi dapat saya simpulkan bahawa Amanah tidak dilihat seimbang dengan parti-parti besar lain dalam gabungan PH.

    Amanah juga dianggap sebagai parti kecil dan hanya mengikut acuan yang ditetapkan oleh pimpinan PH, terutamanya dari PKR dan DAP. Tambahan pula, Timbalan Ketua Pemuda Amanah sekarang, Razak Ridzuan dalam sebuah laporan menyatakan bahawa Pemuda Amanah gagal untuk menarik perhatian anak muda untuk menyokong parti tersebut dan reformasi perlu dilakukan dengan segera.

    Undi anak muda kini sangat signifikan sejak diperkenalkannya Undi-18 dan media sosial. Oleh itu, persoalannya ialah adakah ahli dan pimpinan parti masih tidak sedar dan lengah tentang apa yang perlu dilakukan untuk membuat perubahan?

    Setelah hampir lapan tahun, pimpinan Amanah tidak pernah berubah. Selama ini, Amanah diterajui oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Bukanlah untuk mengecilkan kemampuan beliau, namun tidak ada perubahan yang drastik atau pencapaian yang dapat dibanggakan sepanjang beliau menjadi presiden.

    ALSO READ:  PSM-Muda tak bertanding di KKB

    Sekarang bukanlah masa untuk bermain dengan sentimen dan emosi. Memandangkan terdapat syarat bahawa seorang presiden tidak boleh memegang jawatan tersebut melebihi tiga penggal, inilah masanya bagi Amanah untuk berubah. Jadi, siapa yang sepatutnya diangkat sebagai Presiden seterusnya?

    Dalam sebuah artikel yang saya baca, terdapat spekulasi bahawa terdapat ketegangan yang berlaku dalam Amanah menjelang pengundian parti Disember nanti. Ada yang mengatakan bahawa salah seorang Naib Presiden, Mujahid Yusof Rawa, berpotensi untuk menjadi presiden seterusnya.

    Dari segi sejarah, Mujahid pernah menjadi Menteri agama. Ketika menjabat jawatan tersebut, beliau telah difitnah dan diserang dalam pelbagai isu, terutamanya yang melibatkan Tabung Haji. Mujahid dilihat lebih terbuka dan inklusif ketika menjabat jawatan sebagai Menteri agama, dan kini terbukti bahawa semua fitnah yang melibatkan Tabung Haji adalah tidak benar.

    Dengan tidak memegang jawatan di parlimen dan menjadi senator di Dewan Negara, ini mungkin peluang yang baik untuk Mujahid melakukan pembaharuan dalam Amanah. Selain itu, beliau juga bukannya calang-calang dari segi personalitinya. Beliau adalah anak ulama dan bekas Presiden PAS Yusof Rawa, serta mempunyai PhD dalam bidang perbandingan agama dan sangat aktif dalam mementingkan dialog antara agama, kesederhanaan, dan pendekatan yang lebih progresif dan inklusif.

    Mungkin ini adalah peluang yang baik bagi Mujahid untuk membawa perubahan dalam gerakan politik Amanah. Kekalahannya dalam PRU-15 juga seolah-olah menjadi “blessing in disguise” yang memberikan ruang dan kesempatan baginya untuk menjadi Presiden Amanah yang seterusnya.

    Pada kesimpulannya, saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pengundian parti nanti. Namun, Amanah perlu bangun daripada tidur yang lama. Ahli dan pimpinan parti perlu bangun dan fokus dalam menjalankan agenda parti untuk membawa versi Islam yang seder

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts