Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Mengapa tiada kampung tradisi Melayu diwartakan?

    ULASAN | Mengapa tiada kampung tradisi Melayu diwartakan?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    ULASAN | Sejak 1980-an rakyat Malaysia telah diperkenalkan bahawa menjelang 2020, negara ini akan menjadi negara maju yang berdaya saing, merangkumi pembangunan bandar serta desa.

    Penumpuan terhadap usaha pembangunan secara adil dan saksama kepada rakyat dalam konteks perkongsian yang menyeluruh telah berjalan sejak negara ini mencapai kemerdekaan tanpa mengetepikan keperluan dan kehendak masyarakat.

    Perhatian yang tidak hanya berat kepada pembangunan bandar dapat dilihat apabila terdapat lebih daripada 10 dasar serta falsafah di peringkat kebangsaan telah diberikan terhadap pembangunan desa sejak 1957.

    Antaranya termasuklah Rancangan Buku Merah, Dasar Ekonomi Baru, Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar dan yang terkini ialah Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030.

    Meskipun hampir sebahagian besar dokumen itu menekankan kepada pemerkasaan ekonomi masyarakat desa, namun pemerkasaan karakter dan pemuliharaan nilai tradisi desa tidak pernah diketepikan.

    Sejak merdeka, kita dapat melihat bahawa fokus kerajaan sentiasa tertumpu terhadap pembangunan fizikal yang menerapkan elemen keseimbangan dan kesaksamaan melalui peranancangan yang teliti dalam memastikan kemudahan dapat dinikmati semua rakyat.

    Jika kita perhalusi Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030 (DPF Desa Negara) yang telah dihasilkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kita akan dapati dokumen tersebut berperananan sebagai pelengkap yang mengambil kira dasar-dasar pembangunan desa sedia ada.

    Penyediaannya adalah bagi membantu mengatasi isu desa setempat di samping mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan desa. Usaha berterusan terutama dari aspek penyediaan kemudahan, infrastruktur, utiliti dan peluang ekonomi, meningkatkan imej dan karekter desa serta menyelaras pengagihan sumber dan projek pembangunan kampung dibentangkan melalui lima teras utama yang menjadi tonggak kepada gerak kerja pelbagai pihak dalam mencapai matlamat murni dasar ini iaitu Desa Sejahtera, Negara Sejahtera.

    ALSO READ:  Baki kad tak cukup, pemandu 'seranah' jurutol sebab tak lepas palang

    Jangkaan terlalu tinggi

    Namun apa yang membingungkan ialah, daripada 17,571 jumlah desa di Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti dalam laporan dasar itu, tiada satu pun diwartakan sebagai kampung tradisi di peringkat kebangsaan.

    Untuk maklumat umum, terdapat lapan kategori kampung yang telah dikenal pasti oleh KPKT iaitu kampung tradisional, kampung nelayan, kampung tersusun, kampung atas air, kampung Orang Asli, petempatan tanah rancangan, kampung baru dan petempatan estet.

    Lapan jenis kampung itu diklasifikasi berdasarkan komposisi penduduk, kumpulan etnik, corak petempatan, ciri-ciri fizikal dan lokasi serta fungsi yang khusus.

    Lebih menghairankan lagi, apakah tidak ada satu pun kampung di Malaysia berhak menerima pengiktirafan dan pemuliharaan sewajarnya?

    Senario yang berlaku ini mungkin berpunca daripada jangkaan dan impian yang terlalu tinggi terhadap ciri-ciri kampung warisan itu sendiri.

    Susun atur atas dasar kukuh

    Berkemungkinan ramai antara kita meletakkan impian aspek fizikal dan budaya asal yang tidak berubah walau sedikit. Mungkin juga ada antara agensi pelaksana yang berasakan bahawa kampung yang kita miliki tidak standing dengan Shirakawa Go.

    Perkampungan tradisi di Jepun itu telah diangkat di peringkat dunia sebagai kampung warisan yang memiliki rumah gaya Gassho yang unik serta bersifat green building.

    Jika itulah penanda aras yang diletakkan oleh kebanyakan kita, seni bina Melayu dan teknologi pertukangan kayu kita juga tidak kurang hebatnya.

    Sekiranya sungai jernih dan gunung tinggi di wilayah Chubu yang menjadi ukuran eunikan dan kenyamanan persekitaran buat kita, kampung-kampung tradisi sepanjang Sungai Pahang dan Perak juga tidak kurang nyaman suasana dan indah pemandangannya.

    Sebenarnya, dua kriteria nilai universal yang digariskan Unesco – dan dipenuhi oleh Shirakawa Go – turut dimiliki oleh perkampungan tradisi yang ada di sekeliling kita.

    ALSO READ:  Isu Zahid dan pemenjaraan Najib juga punca Umno kalah

    Kampung tradisi di negara ini juga memiliki contoh luar biasa bagaimana perkampungan kita disesuaikan dengan sempurna dengan alam sekitar bagi membangunkan sosial dan ekonomi.

    Morfologi kampung di negara ini turut mempunyai susun atur yang dibangunkan atas asas kukuh serta terkait dengan pelbagai faktor kosmologi dan geografi penting dalam memastikan kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan penduduk dapat dicapai.

    Sepuluh polisi telah pun digubal sejak merdeka. Persoalan utama sekarang ialah, adakah kita serius dan benar-benar berkehendak untuk memartabatkan desa tradisi sebagai warisan kita?

    Sekiranya benar, ia haruslah bermula dengan gerak kerja yang tersusun serta semangat waja yang tidak mudah padam dalam memastikan sekurang-kurangnya setiap satu daripada lapan kategori kampung yang disenarai dalam DPF Desa Negara 2030 dapat diwartakan dalam jangka waktu terdekat.

    Keterangan gambar: Rumah Haji Su di Kampung Losong, Terengganu wajar dijadikan nukleus dalam memelihara kampung tradisi memandangkan banyak bangunan sekelilingnya yang menjadi bukti kearifan tempatan masyarakat setempat dalam bidang teknologi seni bina unik dan mampan negara ini suatu ketika dahulu.


    NOR ZALINA HARUN ialah felo penyelidik kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts