Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Mengenang Maharaja Beruk

    ULASAN | Mengenang Maharaja Beruk

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    ULASAN | Sebaik-baiknya aktiviti yang elok dilakukan semasa musim pilihan raya begini adalah banyakkan membaca kisah cinta serta cerita-cerita satira yang ditulis oleh penulis-penulis tanah air kita.

    Selain mempelajari makna cinta melalui kisah percintaan aneh antara Fansuri dan Fahiyaton dalam Cinta Fansuri, saya mahu menarik perhatian semua tentang sebuah kisah propaganda yang telah mengakibatkan ketua editor Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka dan editor majalah itu ditukarkan serta merta walaupun kisah itu jugalah yang menyebabkan lapan ribu naskhah cetakan majalah itu habis dijual.

    Telah saya jelaskan dalam tulisan saya sebelum ini. Propaganda itu umpama cinta. Seperti kata Mahatma Gandhi, cinta adalah kuasa terkuat yang pernah dimiliki dunia.

    Cuma saya tidak mengambil petikan itu secara keseluruhannya. Kerana menurut Gandhi lagi, cinta juga adalah sesuatu kerendahan hati atau kemuliaan jiwa yang paling mudah diimaginasikan manusia.

    Seperti cinta, propaganda juga turut ada dimana-mana dan telah lama wujud di sekeliling kita. Kedua-duanya memerlukan aktiviti-aktiviti penciptaan keyakinan yang disusuli dengan usaha-usaha penambahan keyakinan supaya pada akhirnya ia menjadi suatu kepercayaan yang tak dapat lagi dipersoalkan.

    Jangan mudah rasa kecewa kalau anda tidak memahami cinta atau propaganda yang saya istilahkan sama dan serupa.

    Tidak banyak diperkatakan

    Penduduk Kampung Kambing dalam novel Salina juga terpinga-pinga. Mereka sukar untuk percaya dan tak memahami Salina yang boleh menyerahkan saja dirinya kepada Abdul Fakar yang jahat dan langsung tak bertimbang rasa.

    Kerana itu saya katakan cinta sama seperti propaganda. Sukar untuk difahami, tidak semestinya mudah untuk diterima, tetapi ia memang ada kuasanya yang sangat luar bisa.

    Saya tidak akan menulis tentang cinta Salina yang misteri itu di sini. Sebaliknya saya mahu mengetengahkan sebuah cerpen yang sangat kurang diperkatakan walaupun ia memiliki kekuatan iaitu “Maharaja Beruk: Dan Beruk-Beruk Lainnya”.

    Entah di mana kurangnya, cerpen tulisan Yahaya Ismail yang pada asalnya diterbitkan majalah Dewan Sastera pada bulan Jun tahun 1988 itu tidak banyak diperkatakan atau dikaji sesiapa walaupun dibukukan.

    ALSO READ:  Xinhua Middle East news summary at 2200 GMT, Aug. 30

    Kemunculannya sewaktu gelora politik tanah air sedang berkocak berikutan perebutan jawatan penting dalam Umno pada tahun sebelumnya serta kegawatan “Operasi Lalang” yang menyaksikan lebih 100 orang ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilihat tidak sehangat novel SHIT oleh Shahnon Ahmad yang terbit pada tahun 1999 yang juga terbit akibat dari kekacauan politik yang berlaku pada tahun sebelumnya.

    Nama Yahaya Ismail mungkin tidak seagung Sasterawan Negara Shahnon Ahmad sebagai penulis satira, tetapi realitinya selain Maharaja Beruk, Yahaya Ismail mengumpulkan tulisan-tulisan seperti Beruk Mat Yeh, Kisah Mek Beruk, Nanyian Beruk, Enam Beruk Bersidang dan Mimpi Maharaja Beruk.

    Maharaja Beruk dimulakan Yahaya dengan ketibaan dua orang watak pelancong inggeris yang dia namakan John dan Mary.

    Mereka yang hadir sebagai pelancong yang menginap di hotel mewah, kemudiannya dibuka dengan pengenalan kepada watak-watak pemimpin di negara Beruk Dungu. Ada beruk tua, beruk tak handsome dan beruk betina tua yang tentunya akan mengusik selera humor politik pembaca.

    Sebagai seorang pelancong asing, Mary cuba memahami ketegangan politik yang dia dan John lihat di sekeliling mereka. Dari laporan-laporan akhbar propaganda yang Mary baca, dia mula memahami bahawa ada pergolakan politik yang sedang melanda.

    Mary dapati ada laporan berat sebelah yang menjaja cerita kononnya beruk tua mendapat sokongan luar biasa dari bermacam kumpulan beruk dalam negara. Sementara laporan berkenaan lawannya langsung tidak dilaporkan sesiapa.

    Dari sanalah mereka mula memahami bahawa negara yang mereka lawati itu bukanlah suatu negara yang mengamalkan demokrasi walaupun ada pilihan raya.

    Propagandis bergaya

    Sedikit demi sedikit Mary mula memahami pergolakan politik itu adalah berpunca dari ketamakan seorang ketua. Ada beruk tua yang mendakwa dialah yang paling berhak untuk terus berkuasa memimpin rakyat beruk kerana dialah pemimpin beruk yang memperoleh sokongan majoriti berbanding pemimpin beruk yang lainnya.

    ALSO READ:  K'jaan tak mahu isu stoking 'ditunggang' pihak berkepentingan

    Mary faham kalau di sebalik perkara itu semua sebenarnya beruk tua belum bersedia untuk kehilangan kuasanya sebagai pemimpin yang masih mempunyai cita-cita untuk membolot kesemua hasil bumi dan khazanah kekayaan negara di ladang pisang yang luas lagi subur.

    Tidak cukup dengan hanya aksi dan kenyataan-kenyataan politik perebutan sebuah ladang pisang, beruk tua juga menggunakan kedudukannya sebagai pemimpin dan ketua untuk menggesa semua penyokongnya mencari dan memburu mana-mana beruk yang berbau busuk. Barang siapa yang terjumpa dengan mana-mana beruk yang tidak bersih dan berbau, ketahuilah bahawasanya beruk berbadan busuk itulah penjahat dan pengkhianat rakyat beruk yang akan mengundang celaka.

    Ketajaman mata pena Yahaya melalui kumpulan cerpen Maharaja Beruk itu adalah sesuatu yang radikal. Kerana memang ada pendirian politik Yahaya yang jelas melalui tulisan satira politiknya itu, bahawa dia berpihaknya kepada regu Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa Hitam yang giat mencabar Dr Mahathir Mohamad dan Ghafar Baba dalam pengundian UMNO tahun 1987.

    Walaupun cerpen ini dilihat hanya sebagai sebuah fiksyen, namun ia boleh diangkat sebagai sebuah teks sejarah yang merakamkan peristiwa politik penting pada zamannya. Kegeniusan Yahaya menyusun plot dan peristiwa, mencipta watak dan merakamkan momen, menjadikan cerpen ini alat perakam peristiwa tentang kehuru-haraan politik yang memberikan kesan pada pembaca sebagai sebuah propaganda politik yang sempurna.

    Propaganda dalam cerpen ini memberikan pencerahan bahawa intelektual yang sengaja dibataskan oleh dogmatisme seperti budaya, nilai dan agama boleh saja disalah guna sebagai modal politik penguasa bagi mempertahankan kekuasaannya.

    Dalam prakata bukunya Yahaya menulis. “Saya cuma boleh mendedahkan peranangai beruk. Itu saja. Kalau beruk yang saya kenalkan dalam cerpen itu semuanya tidak baik, tidak bersih, tidak cekap, dan tidak amanah apalah daya saya untuk menjadikan beruk-beruk itu super, super cekap, dan super amanah. Saya tak pandai jual ubat koyok macam setengah orang politik yang bersemarak seluruh pelosok kampung.”

    ALSO READ:  Free shuttle bus services for national month launch on Sunday

    Itu sekaligus menjadikan dia seorang propagandis bergaya yang menulis karya propaganda yang menurut saya hebat, bahaya dan perlu dibaca.

    Saya ada bertemu Pak Yahya Ismail sebelum menulis artikel ini, moga beliau diberikan kesihatan berpanjangan.


    BUDIMAN MOHD ZOHDI ialah penasihat SLR Institute. Bergiat aktif dalam penyelidikan propaganda dan penjenamaan politik. Penulis merupakan bekas ahli parlimen Sungai Besar.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts