Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Naratif kerajaan perpaduan yang gagal

    ULASAN | Naratif kerajaan perpaduan yang gagal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ulasan | Izinkan saya mengambil sedikit masa bacaan saudara dan saudari untuk berkongsi selayang pandang imej kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim. Saya juga memohon izin daripada Anwar untuk memberikan satu dua pandangan khususnya terkait naratif perjalanan politik dan pentadbiran yang dia ketuai.

    Apakah penilaian orang ramai terhadap kerajaan perpaduan seawal ia ditubuhkan? Saya kira ia boleh dipanggil sebagai ‘kerajaan tak sengaja’ kerana kelihatan muncul tanpa peranancangan awal. Justeru bolehlah juga dianggap sebagai ‘kerajaan separa masak’. Hal itu kerana kerajaan yang kita ada bukan dibentuk melalui manifesto, kerja politik pilihan raya dan idealisme yang digarap bersama sejak awal. Maknanya, kelemahan sudah ada sejak ia dilahirkan ke atas dunia dan untuk kesejahteraan semua, ia mesti ditangani segera dengan naratif yang betul.

    Berasaskan penglihatan saya sebagai seorang rakyat biasa di negara ini, Anwar membina tiga naratif penting yang disebarkan ke seluruh pelusuk negara, dan kepada dunia secara am. Bukan senjata yang berkesan Pertama, Malaysia berada di landasan betul untuk kebangkitan ekonomi. Kedua, Malaysia bergerak ke arah status negara berintegriti tinggi terutama apabila melibatkan penentangan terhadap amalan rasuah. Ketiga, Malaysia membawa pemikiran Islam yang sederhana, menolak pemikiran melampau dalam beragama. Semuanya adalah baik, penting dan mendesak. Namun, apakah ketiga-tiga naratif itu dibentuk dengan baik dan berjalan sempurna sehingga ke hari ini? Atau ia sekadar lontaran-lontaran idea yang sedap di telinga tetapi tidak menjadi polisi mantap dalam kerajaan yang kini berusia melebihi lapan bulan?

    Naratif ekonomi Anwar disambut baik oleh Menteri ekonomi dan Menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Juga Menteri-Menteri lain. Inisiatif yang digerakkan oleh almarhum Salahuddin Ayub adalah salah satu ‘buah’ daripada idea kerajaan perpaduan. Namun dua naratif yang lain lagi tidak berkembang baik apabila ia tidak disambut secara berkesan oleh Menteri-Menteri yang berkaitan. Naratif kerajaan melawan rasuah tidak menjadi senjata yang berjaya setakat ini. Tiada kes yang benar-benar berjaya diatasi dengan segera. Mungkinlah benar, ia memerlukan masa yang lebih lama jika terkait kes mahkamah. Tetapi apakah perubahan dasar dan pentadbiran kerajaan tidak boleh dilakukan pada kadar lebih segera? Apakah kejayaan kerajaan perpaduan dalam konteks ini? Saya tidak nampak, dan kemungkinan besar saya tidak bersendirian atau menjadi kumpulan minoriti dalam hal ini.

    ALSO READ:  Muhyiddin: Anwar 'bodoh' jika tak tahu titah addendum pengampunan Najib

    Kadang-kadang (malah kerap kali sebenarnya), terlintas di fikiran: apakah setiap inisiatif dan slogan kerajaan ini tidak lebih sekadar slogan yang tidak pun sampai ke tulang pinggul Putrajaya untuk dilaksanakan? Jika begitu keadaannya, bagaimana ia dapat dihayati rakyat di akar umbi? Bergelut, lewat bertindak. Satu kemungkinan yang menyebabkan ia berlaku ialah, kerana inisiatif perdana Menteri digarap atas asas perlawanan politik antara kerajaan dan pembangkang. Justeru wujud persepsi bahawa segala kempen membanteras rasuah semata-mata untuk mengenakan lawan politik, bukannya idea sejati untuk membina tadbir urus yang baik (good governance). Apabila Anwar membicarakan soal integriti bersekali dengan serangan terhadap lawan, naratif asas tenggelam, diragui kejujurannya dan lebih malang ia ditafsir sebagai sekadar bermotifkan politik.

    Rakyat dan pandangan umum melihat ia bukan sebuah jihad tulen bagi menentang rasuah, dan tidak juga membina semula sistem kerajaan bermaruah. Begitu juga naratif amalan beragama yang sederhana tetapi mendasari nilai hakiki yang kelihatan tidak langsung disambut oleh Menteri agama serta agensi di bawahnya seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) serta media yang ada bersama mereka. Barangkali

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts