Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Perkataan, disonansi dan kebenaran 

    ULASAN | Perkataan, disonansi dan kebenaran 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Maju atau mundur, kaya atau papa sesebuah negara itu terletak atas kebijaksanaan pemerintah membentuk sistem politik, mengatur sistem ekonomi, dan melaksanakan infrastruktur sosial. Ini disokong dengan daya pengeluaran atau produktiviti ekonomi rakyat. Semua faktor ini bergantung kepada hubungan rapi antara rakyat dan rakyat, rakyat dan pemerintah, dan amanah dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

    Lantaran itu, adalah penting bagi rakyat dan kerajaan berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakyat. Interaksi manusia memerlukan perkataan. Ini kerana perkataan merepresentasikan pemikiran. Sebagai contoh, jika Ali membayangkan warna “hijau” dalam pemikirannya, maka hijau lah perkataan yang akan keluar dari mulutnya, bukan kuning atau merah. Satu perkataan itu mengandungi makna yang khas. Segala komunikasi berjalan lancar dan senang apabila Ali mengatakan hijau, maka pendengarnya akan memahaminya sebagai hijau, bukan kuning atau biru.

    Oleh kerana perkataan mengandungi makna yang tepat dan khusus, ia ada kaitan dengan kebenaran. Perhatikan definisi kebenaran dipetik dari ensiklopedia bebas: “Apabila kita setuju dengan sesuatu perkara, kita akan mengatakan perkara itu benar, atau mengakui perkara itu membawa kebenaran.” Dengan kata lain, perkataan mencerminkan kebenaran. Sebagai contoh lagi, Ali berkata kepada Asmah “aku cinta padamu”. Ini dianggap benar. Asmah mempercayainya, dan Ali bertanggungjawab mematuhinya. Perkataan itu merupakan kebenaran. Menurut nenek moyang orang Melayu, “kata mesti dikota”.

    Dalam kehidupan nyata, sering kali terjadi apa yang dikatakan, atau kata-kata seperti yang keluar dari mulut Ali, tidak selaras, tidak tepat dengan apa yang didengar dan difahami oleh pendengarnya. Perselisihan ini disebut disonansi. Sebagai contoh, perhatikan perbualan antara Ali, Atan, dan Asmah di bawah ini:
    Ali: “Aku sakit hari ini. Mungkin aku tak dapat pergi kerja.”
    Atan: “Oh, kau sakit? OK, aku akan beritahu bos kau kena penyakit Covid-19. Kau pergi jumpa doktor, dia akan beri kau surat MC.
    Atan terus menelefon Asmah, setiausaha bos: “Asmah, Ali sakit teruk, mungkin terkena Covid-19. Tak dapat datang kerja hari ini.”
    Asmah terus beritahu bos: “YB Datuk, Ali terkena penyakit Covid-19. Tak dapat datang kerja hari ini. Doktor pun dah beri dia MC (sijil cuti sakit) tiga hari.”

    ALSO READ:  Tun Faisal tuntut dakwa Zahid atau PN 'berdemo' lagi

    Antara perkataan dan kebenaran terdapat disonansi, kesalahfahaman. Menurut pandangan pakar bahasa, disonansi ini kurang sihat kerana menyeleweng dari makna sebenar. Perkara ini bukan perkara yang remeh, malah mempunyai kekurangan atau kecurangan intelektual, kecurangan kejujuran. Ini bukan menuduh disonansi mengandungi niat, tujuan, atau tidak jujur. Apabila Ali berkata dia sakit, dia benar-benar sakit, dan “mungkin tak dapat bekerja”. Hanya interpretasinya yang salah. Ini merupakan satu tabiat manusia, minat membesar-besarkan atau memperkecilkan maklumat. Ada jenis disonansi yang mengandungi niat atau tujuan tidak jujur, suatu kecurangan intelektual.

    Saya cuba menggambarkan kekurangan atau kecurangan intelektual jenis ini dengan menceritakan kisah kongres Maruah Melayu. Kongres Maruah Melayu diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 6 Oktober 2019. Menurut laporan, sekitar 5,000 orang menghadiri perjumpaan tersebut. Kongres membincangkan beberapa isu yang dihadapi oleh kaum Melayu, seperti kebudayaan, pembelajaran, agama, dan politik.

    Dalam ucapan pembukaan, Zainal Kling, sebagai ketua eksekutif sekretariat kongres tersebut, berkata: “Ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang Melay

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts