Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Perubahan pencen penjawat awam perlu dibuat secara teratur

    ULASAN | Perubahan pencen penjawat awam perlu dibuat secara teratur

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    ULASAN | Sebarang perubahan besar kepada pencen, gaji, dan kontrak penjawat awam patut dilakukan dengan libat urus yang bersesuaian dan diumumkan secara teratur.

    Pengumuman minggu lepas oleh Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi bahawa lantikan kumpulan baru penjawat awam tidak akan dibuat dalam skim pencen, sebaliknya mereka akan menyumbang kepada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ramai pemegang taruh sehingga Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu mengeluarkan kenyataan mengatakan yang perubahan dasar ini masih berada di peringkat cadangan.

    Saya tidak pasti apa yang mendorong Zahid untuk membuat pengumuman itu sedangkan butiran perubahan dasar ini masih belum diputuskan lagi. Untuk satu perubahan dasar yang penting sebegini, kerajaan perlu memastikan adanya libat urus yang sewajarnya serta sokongan pemegang taruh sebelum pengumuman rasmi dibuat. Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) adalah antara pemegang taruh utama yang perlu dilibatkan.

    Antara isu yang perlu dibincangkan dengan teliti adalah:

    (i) Skim semakan gaji untuk penjawat awam sedia ada, termasuklah manfaat dan elaun yang sedang diterima.

    (ii) Skim gaji untuk mereka yang bakal dilantik di bawah skim KWSP dan pekerjaan jangka panjang, termasuklah manfaat dan elaun mereka. (Perkara ini perlu diumumkan bersama dengan semakan skim gaji penjawat awam sedia ada supaya perbandingan yang wajar dapat dibuat)

    (iii) Proses dan Ketelusan untuk naik pangkat di setiap peringkat, terutamanya di peringkat PTD / pengurusan. (Untuk mengatasi masalah ketidakadilan dan kekurangan ketelusan dalam proses naik pangkat)

    (iv) Pembangunan bakat dan peningkatan bakat dalam kalangan penjawat awam. (Untuk membolehkan penjawat awam tanpa ijazah untuk menerima kelayakan yang lebih tinggi dan memberikan peluang untuk naik pangkat dan untuk membolehkan kakitangan PTD untuk menambah bakat mereka melalui program-program ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam cara yang lebih telus dan dengan dana yang mencukupi)

    ALSO READ:  SAR mangsa runtuhan bangunan di Pulau Perhentian diteruskan malam ini

    (v) Cabaran-cabaran pengurusan sumber manusia yang lain seperti permohonan berpindah dan untuk tidak berpindah, terutamanya untuk guru-guru.

    (vi) Implikasi kewangan menyeluruh untuk perubahan dasar ini supaya pasaran kewangan dapat diyakinkan yang perubahan ini tidak akan memberikan impak negatif terhadap perbelanjaan kerajaan dalam jangka masa panjang.

    Sebuah rancangan komunikasi yang menyeluruh perlu dirangka supaya apabila pengumuman ini dibuat, dengan sokongan terbuka dari pemegang taruh yang berkenaan, perubahan dasar ini tidak boleh “dipusing” dan digunakan untuk menyerang kerajaan dengan cara yang tidak tepat.

    Cadangan untuk menyemak semula terma pekerjaan kumpulan baru penjawat awam ini patut dinilai dan dipertimbangkan tetapi perlu dilakukan secara sistematik dan terancang dan bukannya secara tergesa-gesa dan sembarangan


    ONG KIAN MING merupakan bekas ahli parlimen Bangi.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts