Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | PRN: Anwar lulus 'referendum rakyat', tapi Zahid tewas

    ULASAN | PRN: Anwar lulus ‘referendum rakyat’, tapi Zahid tewas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    ULASAN | Anwar Ibrahim telah memimpin kerajaan Madani dalam peranang pilihan raya di enam negeri. Sebagai perdana menteri, pengerusi PH, presiden PKR, dan ketua kerjasama PH-BN, Anwar boleh dikira telah berjaya mempertahankan tiga kubu kuat PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang. Orang yang jelas tewas dan perlu bertanggungjawab atas kekalahan Umno di 89 kerusi yang ditandinginya dengan logo BN ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

    Anwar adalah panglima peranang dalam PRN ini. Walaupun dia belum berjaya menembusi kubu PAS dan PN di Kelantan, Terengganu, dan Kedah, tetapi kejayaan Anwar mempertahankan tiga negeri yang menjadi kubu kuatnya adalah penting diiktiraf. Anwar sebagai PM, PH sebagai gabungan politik, dan PKR tidak tewas dalam PRN ini. Memang ada beberapa kawasan yang tumbang ke tangan PN, tetapi secara strategik tiga negeri dikuasai PH sebelum ini masih kekal.

    Ada hikmahnya keputusan PRN ini untuk disemak, dikaji, dan diteliti oleh Anwar, PH, dan PKR sebelum menghadapi pilihan raya seluruh negara yang lebih besar iaitu PRU16.

    Perkara paling penting untuk Anwar membuat persiapan menjelang PRU akan datang ialah untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu Islam yang jelas banyak berpindah kepada PN dalam PRN ini. Jika dilihat kempen dan propaganda PN dalam PRN yang baru berlalu ini, seolah-olah PH-BN akan tewas teruk dan tiga negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang akan dikuasai mereka.

    Umno-BN memang jelas tewas seperti Muda yang hilang deposit di semua kerusi yang ditandinginya. Tetapi ini tidak berlaku kepada PKR dan PH. PKR dan PH tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membina harapan bagi generasi akan datang.

    ALSO READ:  CAP gesa siasat projek penternakan udang di tanah perumahan nelayan

    Anwar kini semakin berpengalaman, semakin berwawasan, dan akan sedia bermuhasabah diri setelah melalui PRN yang amat sengit dan cukup mencabar.

    Dia perlu terus diberi peluang untuk memikul tugas sejarahnya demi selamatkan negara berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang tamadun ini dari diruntuhkan oleh pemimpin-pemimpin politik berfaham ekstrem kanan dan sektarian yang berada dalam PN.

    HASSAN KARIM Ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts