Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Propaganda bukan jahat

    ULASAN | Propaganda bukan jahat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bagaimana jika saya katakan propaganda adalah seperti cinta. Cinta, seperti yang dinyatakan oleh Mahatma Gandhi, adalah kekuatan paling besar yang dimiliki dunia.

    Sama ada kita sedar atau tidak, propaganda telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia yang dapat kita jumpai di sekeliling kita.

    Dengan mudahnya, propaganda boleh diertikan sebagai aktiviti mencipta keyakinan yang diikuti dengan tindakan atas keyakinan yang diciptakan.

    Setiap hari kita membentuk keyakinan tertentu dalam kehidupan. Bermula dari dalam rumah sehingga tempat kerja.

    Kita pasti akan sering mendengar tiga dialog ini di mana-mana yang kita pergi.

    Contohnya “Serbuk pencuci kami berbeza daripada syarikat lain kerana diperbuat dengan campuran garam dari tujuh lautan”.

    Atau “anak perempuan saya tidak seperti anak perempuan orang lain kerana dia tidak pernah berkawan dengan lelaki mana pun”.

    Atau “parti kami tidak seperti parti lain kerana kami adalah parti yang tidak pernah mengorbankan prinsip.”

    Walau bagaimanapun, walau tiga dialog tersebut nampak sama pada pandangan pertama, sebenarnya ketiga-tiganya mempunyai tujuan dan maksud yang sama walaupun datang dari premis yang berbeza.

    Walaupun ketiga-tiganya merupakan proses mencipta keyakinan yang serupa, mereka sering dinilai dan diterima oleh masyarakat dengan cara yang berbeza.

    Perbezaan ini menjadi jelas apabila masyarakat secara sedar atau tidak akan membezakan tiga dialog tersebut mengikut tiga tafsiran yang berbeza.

    Mereka menerima itu sebagai iklan untuk dialog pertama, mentafsirkan sebagai promosi untuk dialog kedua, dan menganggap dialog ketiga sebagai kempen politik yang kerap dikaitkan dengan perkara buruk.

    Garis yang nipis di antara ketiga-tiganya telah menyebabkan orang tertipu dengan prasangka mereka sendiri. Padahal, ketiga-tiga dialog tersebut merupakan slogan yang memiliki elemen dan unsur kandungan yang sama iaitu propaganda.

    ALSO READ:  Muhyiddin tidak boleh rayu terus ke mahkamah tertinggi: Pendakwaan

    Iklan lebih mudah diterima

    Yang menariknya ialah iklan dan promosi cenderung lebih mudah diterima.

    Walaupun terkadang ia menyebabkan kesanggupan untuk melemparkan peti televisyen ke sungai dan menghempaskan telefon pintar kita ke lantai, kita akhirnya sedar bahawa ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita.

    Banyak yang terkadang terganggu dengan wangian yang tidak disukai atau datang dari jenama yang tidak dikenali. Tetapi jika wangian itu dikaitkan dengan selebriti seperti Bella Hadid, Deepika Padukone, atau Han So-Hee, kita akan senyum dan menerima promosinya.

    Segalanya tidaklah mudah apabila terlibat dengan kempen politik. Masyarakat cenderung sukar menerima kempen politik dengan hati dan sikap yang lebih terbuka.

    Perkataan itu sahaja sudah cukup untuk membuat ramai merasa ‘geli’ dengan pelbagai imej dan konotasi negatif. Ini telah menyebabkan propaganda sering dilihat sebagai sesuatu yang selalu dihakimi dengan salah dan dihukum secara tidak adil.

    Saya yakin jika diletakkan tiga karya yang isinya sama tetapi dengan tiga tajuk yang berbeza seperti ‘Iklan Harga Ayam’, ‘Promosi Harga Ayam’, dan ‘Kempen Harga Ayam’, pasti yang bertajuk kempen akan kurang diperhatikan.

    Hubungan antara iklan, promosi, dan kempen dengan manusia sebenarnya bermula melalui propaganda sejak zaman dahulu.

    Sebelum manusia mengenali konsep tawar-menawar dan jual-beli, hubungan purba ini sudah bermula sejak manusia mula berhubung dan berkomunikasi.

    Mungkin propaganda pertama bermula apabila seorang lelaki zaman purba berkongsi cerita tentang anak dinosaurus yang dia jumpa kepada orang lain.

    Dari ceritanya, dia menggambarkan anak dinosaurus itu sebenarnya tidak sebesar mana seperti yang digambarkan, tetapi semua orang mempercayainya.

    Beberapa ribu tahun kemudian, ketika manusia memasuki abad ke-17, istilah propaganda mula muncul.

    ALSO READ:  Utamakan air sebagai isu keselamatan negara - Charles

    Bermula sebagai pinjaman perkataan Latin ‘propagare’, ia kemudiannya berkembang menjadi satu istilah yang lebih kukuh sebagai ‘propagate’ yang bermaksud meluaskan atau menyebarkan.

    ‘Mesej jahat’ abad ke-19

    Perkataan ini digunakan untuk pelbagai tujuan mulia. Sebagai contoh, ketika Paus Gregory XV menubuhkan ‘Congregatio de Propaganda Fide (Sacred Congregation for the Propagation of the Faith)’ pada tahun 1622 yang bertujuan menyebarkan agama Katolik di Itali dan mengawasi hal ehwal gereja.

    Lima tahun kemudian, Paus Urban VII menubuhkan ‘Collegium Urbanum’ atau Kolej Propaganda yang menyediakan program latihan kepada para mubaligh Katolik untuk menyebarkan agama mereka.

    Propaganda hanya dilihat sebagai mesej negatif pada pertengahan abad ke-19 apabila penggunaan istilah propaganda mula meluas dalam peperanangan.

    Ini membawa kepada kemunculan jaguh-jaguh propaganda hebat seperti Napoleon Bonaparte. Walau dia dan tenteranya kalah di Syria, Napoleon mampu mencipta imej sebagai wira melalui propaganda yang dihasilkannya.

    Sewaktu memerintah Perancis, propaganda menjadi medium utama bagi meningkatkan imejnya sebagai maharaja yang terunggul.

    Propaganda turut menjadi senjata utama Hitler semasa peranang modern. Waktu Perang Dunia Ke-2, Hitler cuba menghalalkan tindakannya melalui propaganda.

    Joseph Goebbels, Menteri propaganda Nazi, pernah berkata: “Jika anda mengulangi pembohongan besar berkali-kali, orang akan percaya pada pembohongan tersebut.”

    Dari situ lahirnya iklan dan promosi yang dijadikan panduan oleh komuniti perniagaan dan diikuti oleh golongan politik.

    Walau bagaimanapun, yang perlu difahami adalah propaganda bukanlah sesuatu yang jahat atau buruk. Selagi digunakan dengan betul mengikut moral dan etika untuk menyokong atau menentang sesuatu, maka ia sama seperti iklan dan promosi yang diterima oleh semua.

    Bahayanya ialah apabila propaganda digunakan secara buta seperti yang diungkapkan oleh Goebbels; berulang kali berbohong, malah lebih teruk apabila digunakan tanpa sekali pun memberikan makluman yang benar.

    ALSO READ:  Zahid tak sabar untuk kembali bertugas

    BUDIMAN MOHD ZOHDI, penasihat SLR Institute. Aktif dalam penyelidikan propaganda dan penjenamaan politik.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts