Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Rakyat mula terasa dengan cukai barang bernilai rendah

    ULASAN | Rakyat mula terasa dengan cukai barang bernilai rendah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kenaikan harga barang-barang akibat lambakan cukai sedang dirasai oleh rakyat. Mereka berpendapat bahawa kerajaan Madani tidak serius dalam meningkatkan kecekapan pentadbirannya malahan tidak menerima teguran dan kritikan dengan terbuka. Pendapat ini tidak hanya wujud dalam media sosial, tetapi juga di kalangan masyarakat di seluruh negara.

    Pada 1 Januari, implementasi Cukai Barang Bernilai Rendah (LVG) terhadap produk import dengan harga RM500 ke bawah telah dilakukan tanpa tinjauan terhadap keluhan rakyat. Pada masa yang sama, kerajaan kelihatan memberi tumpuan kepada ekonomi digital dan e-dagang dengan penubuhan Kementerian Digital dalam rombakan kabinet yang baru-baru ini. Antara agensi bawah Kementerian Digital termasuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MYNIC, dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

    Namun, dengan ironinya, implementasi cukai LVG sebanyak 10 peratus merangsang ekonomi rakyat. Terdapat peniaga yang terpaksa meningkatkan harga barang untuk menampung kos yang ditanggung. Laporan dalam akhbar antara temu bual yang dilaporkan oleh The Star pada 3 Januari 2024 bahawa terdapat penyesuaian harga oleh peniaga untuk memastikan mereka dapat mempertahankan keuntungan selepas dikenakan cukai LVG. Sebagai contoh, sebuah casing iPhone yang sebelum ini berharga RM100 akan kini berharga RM110.

    Selain itu, pada 4 Januari 2024, Sinar Harian melaporkan dalam artikel bertajuk “Produk dalam talian mula naik harga”. Tinjauan Sinar Harian di platform jualan dalam talian seperti Shopee dan Lazada mendapati banyak barangan yang dijual telah mula naik harga. Video yang dibincangkan oleh Presiden MCA mengenai isu ini turut mendapat pelbagai reaksi dengan lebih daripada 1.5 juta tontonan setakat ini.

    Kekurangan sistem cukai ini membolehkan harga barang meningkat atau jumlah cukai yang dikenakan tidak dijelaskan secara terperinci, scenario ini memberi peluang kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan. Pengusaha platform e-dagang yang terlibat dalam barangan bernilai rendah yang diimport dari luar negara melaporkan penurunan transaksi hanya beberapa hari selepas cukai LVG dilaksanakan.

    ALSO READ:  Housewife loses RM200,000 to online job scam

    Adalah mengecewakan bahawa pelaksanaan cukai oleh kerajaan tidak mempertimbangkan kesejahteraan rakyat dan menjalankan tinjauan menyeluruh untuk memahami kebolehpercayaan dan kebolehlakuan sistem sebelum diperkenalkan. Pakar ekonomi dan pemimpin BN, termasuk MCA, telah menggesa agar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lebih efisien dikembalikan, tetapi permintaan ini tidak mendapat perhatian.

    Kerajaan Madani tidak hanya patut mempertahankan imej semata-mata, tetapi seharusnya mengambil tindakan untuk mengkaji pelaksanaan cukai yang paling berkesan demi memaksimumkan hasil negara dan menghidupkan semula ekonomi.

    MONNA ONG SIEW SIEW ialah pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar Awam dan Penyelidikan Kos Sara Hidup Rakyat MCA.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts