Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Segerakan gencatan senjata

    ULASAN | Segerakan gencatan senjata

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada 11 November 2023 yang lepas, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang diiringi oleh Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Kelapan bertempat di Riyadh, Arab Saudi anjuran Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman al-Saud.

    Penganjuran sidang tergempar ini sangat penting bagi membincangkan isu kekejaman rejim Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin, khususnya langkah yang boleh diambil oleh OIC sebagai sebuah organisasi yang mewakili negara-negara Islam bagi menyelesaikan konflik tersebut.

    Dalam sidang kemuncak tergempar tersebut, Malaysia mengemukakan dua resolusi segera.

    Pertama, menegaskan keperluan agar bantuan kemanusiaan dapat segera disalurkan kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik tersebut.

    Kedua, menyeru agar gencatan senjata mesti disegerakan agar kekejaman rejim Zionis Israel ini dapat dihentikan sebelum lebih ramai penduduk Gaza yang tidak berdosa menjadi korban.

    Pada masa yang sama, Malaysia turut menegaskan bahawa semua negara anggota OIC perlu mengambil langkah berani dengan menyatakan bantahan keras terhadap penempatan haram Israel yang dibina di Gaza dan Tebing Barat dengan mengusir rakyat Palestin.

    Selain itu, semua negara anggota OIC juga diseru agar rejim Zionis Israel disiasat dan didakwa menerusi institusi keadilan antarabangsa kerana telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan melakukan jenayah peranang terhadap rakyat Palestin.

    Oleh yang demikian, negara anggota IOC juga perlu bertindak segera bagi memperjuangkan keadilan buat penduduk Gaza, tatkala negara Barat terus membisu berkaitan konflik di Gaza.

    Pada akhir sidang tergempar tersebut, satu Final Communique (Dokumen Hasil) diputuskan oleh OIC, iaitu seruan agar peranang di Gaza segera ditamatkan, selain menolak alasan Israel yang menyerang rakyat Palestin sebagai satu usaha mempertahankan diri.

    ALSO READ:  Brazil's Indigenous population doubles according to recent census.

    Dokumen Hasil tersebut turut diakhiri dengan kritikan keras terhadap tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan serta jenayah peranang yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap penduduk Gaza.

    Ternyata Dokumen Hasil yang diputuskan selari dengan hasrat Malaysia yang konsisten dengan seruan agar konflik di Gaza ditamatkan dengan segera, sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada penduduk Gaza.

    Oleh itu, dokumen ini dilihat bakal memberi harapan baru kepada nasib rakyat Palestin dan penyelesaian kepada konflik di Gaza melalui gencatan senjata, sekali gus menamatkan konflik di Gaza yang telah berlarutan lebih sebulan dan mengorbankan lebih 10,000 orang.

    Pada masa yang sama, dokumen ini juga diharap dapat memberi tekanan kepada kuasa besar dunia dan negara Barat agar tidak terus membisu dalam isu ini, sebaliknya mereka perlu terus mendesak Israel agar segera menghentikan serangan genosid terhadap penduduk Gaza yang tidak berdosa, atas nama pertahanan diri.

    DR ABU HANIFAH HARIS merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts