Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Syarikat penerbangan maya penyelesaian kemelut LTAM

    ULASAN | Syarikat penerbangan maya penyelesaian kemelut LTAM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Tahun Melawat Melaka 2024 adalah satu inisiatif kerajaan Negeri Melaka untuk mempromosikan produk pelancongan Negeri. Inisiatif ini dapat meningkatkan ekonomi pendapatan kerajaan Negeri dan juga negara.

    Namun di sebalik usaha murni ini, kita dikejutkan dengan pengumuman penggantungan penerbangan komersial di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM). Ini akan menyebabkan kerajaan Melaka hilang salah satu pintu masuk penting bagi pelancong ke Melaka.  

    Kedudukan LTAM yang hanya 15 km dari pusat bandar Melaka sepatutnya memberi kelebihan kepada pelancong kerana ia menjadikan Melaka mudah untuk dikunjungi. Penumpang boleh pergi dan balik dengan mudah ke lapangan dan ini boleh menjimatkan masa dan wang. 

    Ini juga memberi kelebihan kepada ahli perniagaan atau penumpang transit, yang perlu pergi dan balik dari lapangan terbang dengan cepat dan cekap. Kelebihan ini perlu dieksploitasi dengan bijak oleh kerajaan Negeri sekiranya ingin meramaikan pelancong menggunakan LTAM.

    Walaupun LTAM mempunyai banyak kelebihan, syarikat penerbangan masih kurang berkeyakinan serta tidak mahu mengambil risiko untuk menawarkan perkhidmatan ke lapangan terbang ini atas alasan masalah kekurangan trafik penumpang. 

    Memandangkan tiada syarikat penerbangan yang berminat dan berkeyakinan untuk beroperasi di lapangan terbang Melaka, kerajaan Negeri harus bertindak untuk menangani isu ini. Salah satu jalan penyelesaian ini adalah kerajaan Negeri menubuhkan sebuah syarikat penerbangan sendiri.

    Menubuhkan sesebuah syarikat penerbangan melibatkan kos permulaan yang tinggi. Pelaburan awal yang diperlukan untuk memulakan syarikat penerbangan melibatkan kos pesawat, kemudahan penyelenggaraan, kakitangan dan pemasaran. 

    Namun ini boleh diatasi sekiranya kerajaan Negeri menubuhkan sebuah virtual airline carrier atau syarikat penerbangan maya.

    Penyumberan luar fungsi operasi 

    Syarikat penerbangan maya tidak memiliki sebarang pesawat, tidak mempunyai juruterbang serta anak kapal, tidak mempunyai peralatan teknikal, bahkan tidak menyediakan perkhidmatan atau pengendalian darat. 

    ALSO READ:  ULASAN | Entah siapa yang salah, kita tak tahu...

    Ciri utama model syarikat penerbangan maya adalah outsource atau penyumberan luar melalui pemberian kontrak, kepada syarikat penerbangan yang dipilih sebagai rakan untuk melaksanakan kebanyakan fungsi operasi pengurusan seperti pajakan pesawat, anak kapal, penyelenggaraan dan pengendalian darat. 

    Hanya fungsi pengurusan pemasaran dan penjualan sahaja dilaksanakan oleh syarikat penerbangan maya. Penjimatan besar dapat dinikmati kerana syarikat penerbangan maya tidak perlu memiliki dan mengendalikan pesawat, infrastruktur dan kakitangan berkaitan operasi penerbangan. 

    Setelah fungsi operasi penerbangan disumberluarkan, syarikat penerbangan maya

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts