Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesULASAN | Tiga strategi tingkatkan keterjaminan makanan

    ULASAN | Tiga strategi tingkatkan keterjaminan makanan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Keterjaminan makanan merupakan satu kebimbangan di peringkat nasional dan global. Menurut Laporan PBB, pada tahun 2022 antara 691 juta hingga 783 juta orang di seluruh dunia mengalami kelaparan dan majoritinya merupakan penduduk Asia. Seramai 425 juta orang di Asia juga dianggarkan mengalami kekurangan zat makanan.

    Meskipun Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak sawit dan beras tertinggi di Asia, negara kita masih menunjukkan arah aliran yang tidak stabil dalam keterjaminan makanan. Indeks Keterjaminan Makanan Global (GSFI) pada tahun 2022 menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-41 daripada 113 negara, iaitu penurunan sebanyak tujuh tangga berbanding kedudukan tahun sebelumnya.

    Oleh demikian, demi mengatasi masalah di atas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menjenamakan semula Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

    Untuk menangani isu keterjaminan makanan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memperkenalkan dua dasar iaitu Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025 dan Dasar Agro-Makanan Negara 2021-2030.

    Kedua-dua dasar ini menekankan tiga aspek penting yang boleh meningkatkan keterjaminan makanan negara, yakni mengurangkan tahap import dan eksport makanan, meningkatkan pertanian domestik dan meningkatkan pengeluaran komoditi.

    Walaupun Malaysia melaksanakan dua dasar yang komprehensif untuk menangani masalah keterjaminan makanan, negara masih mengalami penurunan tujuh anak tangga daripada tahun sebelumnya dalam penarafan GSFI.

    Justeru, terdapat tiga aspek penting untuk menambah baik GSFI Malaysia dan mengurangkan isu keterjaminan makanan.

    Strategi pertama ialah mengurangkan import makanan kepada produk terpilih. Sebagai contoh, produk ayam. Nisbah sara diri (SSR) telur ayam Malaysia adalah lebih daripada 100 peratus, dan hampir 100 peratus untuk daging ayam.

    Meskipun mempunyai SSR yang tinggi, jumlah ayam yang diimport meningkat sebanyak 30 peratus daripada 7,800 tan pada Mei kepada 10,200 tan pada Jun 2022 selepas permit kebenaran import dimansuhkan. Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia makan ayam lebih daripada yang sepatutnya.

    ALSO READ:  ULASAN | Perubahan pencen penjawat awam perlu dibuat secara teratur

    Urus niaga import akan melibatkan mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) dan mata wang asing. Alhasil, kadar pertukaran mata wang bakal meningkat. Apabila Malaysia aktif melakukan urus niaga import, pertukaran mata wang yang tinggi juga berlaku dan aliran mata wang Ringgit Malaysia keluar adalah lebih tinggi. Perkara ini akan mengakibatkan kejatuhan nilai ringgit secara berperingkat berbanding semua mata wang lain.

    Dalam majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi juga ada menyatakan kebergantungan kepada import makanan pada jangka masa panjang akan menjadikan Malaysia bankrap.

    Strategi kedua ialah mengurangkan eksport makanan. Padi adalah penting untuk keterjaminan makanan Malaysia kerana nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat.

    Menurut Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), rakyat Malaysia mengambil purata 2.5 pinggan nasi setiap hari. Akibatnya, dari tahun 2000 hingga 2016, pengeluaran beras meningkat sebanyak 1.6 peratus. Bagaimanapun, penggunaan beras negara ini sentiasa mengatasi pengeluaran beras. Untuk rekod, nisbah SSR bagi beras di Malaysia juga menunjukkan penurunan, iaitu 62.90 peratus pada tahun 2022 berbanding 71.60 peratus pada tahun 2014.

    Meskipun begitu, Malaysia masih mempunyai jumlah eksport padi yang tinggi, iaitu sebanyak AS$41.6 juta. Ketika Malaysia memperkenalkan Rancangan Malaysia Ke-8 yang memberi tumpuan kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan, arah aliran pengurangan pengeluaran padi menjadi lebih ketara. Ini mengakibatkan keterjaminan makanan berada di paras yang kurang memuaskan dan Malaysia terpaksa mengurangkan eksport bagi memenuhi penggunaan tempatan.

    Strategi ketiga tertumpu kepada sistem bandar dan teknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti makanan. Berdasarkan GSFI, Singapura berada di kedudukan ke-28 walaupun keluasan tanahnya yang jauh lebih kecil berbanding Malaysia.

    ALSO READ:  Polis terima 4 laporan polis isu keselamatan Sanusi

    Sebagai perbandingan, keluasan Singapura hanyalah 719 km persegi iaitu lebih kecil daripada keluasan Negeri Perlis yang berkeluasan 819 km persegi.

    Pada 2019, mereka melancarkan kempen “30 menjelang 30”. Ini adalah satu usaha untuk meningkatkan kapasiti sektor makanan pertanian bagi memenuhi 30 peratus permintaan pemakanan global secara mampan menjelang 2030.

    Matlamatnya adalah untuk menubuhkan pusat teknologi pertanian bandar. Antara strategi dalam inisiatif “30 menjelang 30” adalah pencahayaan LED berbilang tingkat dalaman dan sistem akuakultur peredaran semula menerusi Ladang Ikan Terapung Pintar Teknologi Akuakultur Singapura yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan pertumbuhan dan kesihatan ikan.

    Sky Greens pula menggunakan sistem berasaskan peringkat berputar yang mengoptimumkan penyerapan cahaya dan air untuk menghasilkan sayur-sayuran berdaun. Sistem bandar berteknologi tinggi ini boleh meningkatkan pengeluaran agromakanan.

    Malaysia turut meluncurkan inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran agromakanan menggunakan teknologi tinggi. Di majlis peluncuran Ekonomi Madani, Anwar telah menyatakan komitmen kerajaan untuk menyediakan geran seb

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts