Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUmat Islam dinasihati pilih restoran ada logo halal Jakim

    Umat Islam dinasihati pilih restoran ada logo halal Jakim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar menasihati umat Islam agar berhati-hati dan memastikan bahawa restoran yang dikunjungi mempunyai status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Beliau berkata ini penting kerana benda yang dimakan akan menjadi darah daging.

    “Saya menasihati seluruh masyarakat Islam agar berhati-hati bila kita ke restoran dan tempat makan, sebagai orang Islam kita digalakkan tengok ada logo halal atau tidak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran TH Khairat di Menara Tabung Haji di Kuala Lumpur, hari ini.

    Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta mengulas video tular baru-baru ini berhubung status halal sebuah premis nasi ayam claypot di Seri Petaling yang menggunakan wain beras dalam masakan.

    “Saya ulangi apa yang JAKIM sebut bahawa pemilik restoran tersebut bukan pemilik sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh badan autoriti,” katanya.

    Beliau berkata JAKIM mempunyai cara untuk mengenal pasti sama ada sesebuah restoran memiliki sijil halal atau sebaliknya.

    Katanya umat Islam digalak melayari portal rasmi Halal Malaysia di halal.gov.my atau memuat turun aplikasi Verify Halal bagi membolehkan mereka mengetahui sama ada pemilik sesebuah restoran mempunyai sijil halal atau tidak.

    Mengulas produk TH Khairat iaitu perlindungan takaful sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh yang dilancarkan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, Mohd Na’im berkata ia menawarkan langganan serendah RM28 setahun bagi pendeposit di institusi itu.

    “Saya amat menghargai usaha Tabung Haji yang sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pendepositnya. Terima kasih diucapkan kepada warga kerja Tabung Haji, juga pengendali takaful yang bekerjasama menjayakan inisiatif ini iaitu Takaful Malaysia dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

    ALSO READ:  Biden kata Netanyahu lakukan kesilapan berperang di Gaza

    “Saya melihat usaha ini selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang satu daripada enam terasnya ialah ihsan. Ihsan atau rahmah ditakrifkan sebagai memelihara dan menyediakan keperluan asas yang diperlukan demi kesejahteraan semua pihak,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts