Tarikh 1 Syawal Hari Raya Aidilfitri 1445H /2024M jatuh pada Rabu 10 April 2024 setelah membuat cerapan hilal.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad membuat pengumuman rasmi itu menerusi stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Saluran 1 pada pukul 8 malam tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2023,” katanya.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Antara lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.