Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUmat Islam usah terjebak budaya melabel gelaran munafik

    Umat Islam usah terjebak budaya melabel gelaran munafik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umat Islam perlu diingatkan agar tidak terjebak dan terlibat dalam pembudayaan melabel oleh sesetengah individu dan pemimpin politik tertentu.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar menyatakan bahawa perbuatan seperti itu adalah berbahaya dan menyalahi hukum syarak.

    Mohd Na’im merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin parti politik yang menggunakan label ‘munafik’ terhadap perkara yang tidak sehaluan.

    “Tindakan memberi label sedemikian amat mendukacitakan kerana ia boleh mewujudkan kekeliruan dalam pemahaman masyarakat dan menimbulkan perpecahan serta permusuhan agama di kalangan umat Islam,” katanya.

    “Dalam hal ini, saya ingin mengingatkan umat Islam agar tidak terjebak dan terlibat dalam usaha pembudayaan perbuatan melabel oleh sesetengah individu dan pemimpin politik tertentu kerana ia berbahaya dan menyalahi hukum syarak.

    “Kesemua umat Islam dinasihatkan untuk menghayati nilai ajaran agama yang melarang dan menegah perbuatan menuduh seseorang Muslim dengan gelaran kafir, fasik atau munafik tanpa bukti dan hujah yang kukuh,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

    Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam tulisan Minda Presiden PAS dua hari lalu melabelkan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebagai menggunakan pendekatan golongan munafik kerana menurutnya menyekat peruntukan kepada pihak lawan.

    “Maka, konsep yang diguna pakai oleh PH menepati demokrasi yang diamalkan oleh Israel terhadap kerajaan Hamas di Palestin yang memenangi pilihan raya dan mencapai majoriti yang mencukupi.

    “Namun, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai kumpulan minoriti yang tunduk menjadi boneka Zionis Israel dan Amerika Syarikat pula yang menubuhkan kerajaan dengan mengikuti telunjuk mereka.

    “Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti minoriti kini memimpin kerajaan boneka pragmatik liberal. Situasi ini sama seperti PLO yang mencapai keputusan minoriti diberikan hak bagi menubuhkan kerajaan dengan sokongan Israel dan Amerika Syarikat,” tulis Abdul Hadi.

    ALSO READ:  Padu kenal pasti rakyat benar-benar layak dapat subsidi bersasar - Armizan

    Sementara itu, Mohd Na’im menyeru pemimpin politik agar lebih bertanggungjawab dalam memelihara keutuhan perpaduan meskipun berbeza pendapat.

    “Oleh itu, saya ingin menyeru para pemimpin politik agar lebih bertanggungjawab dalam memelihara keutuhan perpaduan ummah.

    “Dan hendaklah membudayakan adab berbeza pendapat menerusi pendekatan dialog dan perbincangan secara harmoni bagi meleraikan sebarang perbezaan dalam kaedah dan pendekatan urustadbir kenegaraan semasa,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts