Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Umno akan bersama PAS dan Bersatu bila Zahid tak jadi presiden'

    ‘Umno akan bersama PAS dan Bersatu bila Zahid tak jadi presiden’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PAS yakin Umno akan bersama mereka dan Bersatu apabila Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi menjadi presiden parti Melayu terbesar itu.

    Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Mahfodz Mohamed berkata dengan bersatunya ketiga-tiga parti Melayu terbesar itu nanti akan dapat merealisasikan hasrat untuk terus menguasai kepimpinan negara.

    “Saya yakin dan percaya apabila Zahid tak jadi presiden Umno lagi nanti, saya yakin dan percaya tiga-tiga parti besar Melayu ini iaitu Umno, Bersatu dan PAS bersatu.

    “Maka insya-Allah kita akan kuat dan kukuh untuk terus dapat memimpin dan menguasai negara Malaysia tercinta ini,” katanya ketika berucap pada ceramah kelompok ambang Merdeka Perikatan Nasional di Kampung Jeram, Muar, di Johor, malam tadi.

    Mengulas lanjut, Mahfodz berkata PAS, Bersatu dan Umno juga wajib bersatu padu bagi mendapatkan kemenangan besar dalam politik.

    “Untuk supaya calon-calon daripada PN ini akan mendapat kemenangan yang lebih selesa di peringkat pusat atau Negeri maka hendaklah kita bersatu padu, terutama dalam bidang politik ini maka tiga parti politik Melayu terbesar wajib bersatu padu.

    “Kerana dengan ketiga-tiga parti besar Melayu Islam ini iaitu Umno, Bersatu dan PAS insyaallah tiga-tiga parti ini akan mendapat kemenangan yang besar,” katanya.

    Mahfodz berkata ketika PAS dan Bersatu bergabung pun mereka sudah berjaya menguasai 74 kawasan Parlimen.

    “Dan begitulah juga hasil daripada bersatunya dua parti besar ini pada PRN enam Negeri pun kita sapu bersih di Terengganu 32-0, di Kelantan 43-2 dan di Kedah 33-3.

    “Di Selangor hampir-hampir kita dapat merampas, siapa sangka daripada satu kerusi tiba-tiba kali ini kita boleh dapat 22 kerusi sehingga menghilangkan dua pertiga kerajaan Selangor yang ada pada hari ini.

    ALSO READ:  Polis tahan lelaki buat panggilan palsu ancaman bom di Aeon Klebang

    “Begitulah juga di Negeri-Negeri Selatan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dah sampai gelombang daripada Utara ke Negeri Sembilan, daripada 0 dapat 5,” katanya.

    Pada PRN enam Negeri lalu, BN hanya menang dua kerusi di Selangor, iaitu DUN Sungai Air Tawar dan Dusun Tua, satu kerusi di Kelantan (Galas) dan dua kerusi di Pulau Pinang (Bertam dan Sungai Acheh).

    Di Terengganu, semua calon BN tewas, termasuk dua bekas Menteri besar, Ahmad Said dan Ahmad Razif Abdul Rahman.

    BN Negeri Sembilan bagaimanapun mencatat keputusan baik apabila menang 14 daripada 17 kerusi ditandingi, membolehkannya menyumbang kemenangan majoriti dua pertiga bersama Pakatan Harapan (PH) di Negeri itu.

    Pada PRU ke-15, Umni di bawah pimpinan Zahid juga kalah teruk apabila hanya mampu menang 26 kerusi parlimen.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts