Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUmno buat post mortem PRN nilai kelemahan - Khaled

    Umno buat post mortem PRN nilai kelemahan – Khaled

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Umno akan mengadakan post mortem untuk mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di kerusi yang ditandingi parti itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam Negeri Sabtu lepas, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Mengulas desakan agar Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur ekoran keputusan PRN yang tidak menyebelahi Umno, Mohamed Khaled yang merupakan Menteri Pengajian Tinggi berkata terdapat banyak faktor yang mungkin mempengaruhi keputusan PRN itu.

    “Biar reda (dulu), kita lakukan post-mortem dan cari kelemahan kita,” katanya desakan bagi Ahmad Zahid berundur, hanyalah jalan pintas dan mudah sebagai alasan atas kekalahan pada PRN tersebut.

    Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandingi dalam PRN di enam Negeri itu. BN menang 14 kerusi di Negeri Sembilan, dua masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang, satu di Kelantan serta gagal meraih sebarang kerusi di Kedah dan Terengganu.

    “Mungkin bagi pengundi Umno, ini pertama kali bekerjasama dalam satu pasukan yang dahulunya mereka lawan sama sendiri. Ini semua ambil masa dan hanya masa akan tentukan,” kata Mohamed Khaled kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 di Serdang hari ini.

    Terdahulu ketika berucap merasmikan persidangan itu, Mohamed Khaled meminta peserta untuk mengemukakan lima idea besar yang bersifat pengubah keadaan dalam isu keterjaminan makanan dalam negara, yang antaranya menyentuh cadangan strategi jangka pendek dan panjang.

    “Carilah mekanisme atau jalan baharu yang radikal, praktikal dan yang benar-benar membawa perubahan. Bagaimana kita harus memacu dan memberi nilai tambah dalam aspek keterjaminan makanan dan pertanian mampan,” katanya.

    ALSO READ:  Secondary school student missing since Sunday, says Muar cops

    Persidangan tersebut akan membincangkan isu sekuriti makanan dalam negara secara intensif dan bertujuan membentuk kerjasama antara institusi awam dan swasta, ke arah mencapai pertanian lestari dan kestabilan sekuriti makanan.

    Bertemakan ‘Kelestarian Produktiviti Makanan Negara’, persidangan itu menghimpunkan lebih 400 peserta dalam kalangan penggubal dasar, ahli akademik, penyelidik dan usahawan, akan menghasilkan satu kertas resolusi agenda keterjaminan makanan untuk diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts