Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUmno gesa k'jaan tubuh suruhanjaya ekonomi gig

    Umno gesa k’jaan tubuh suruhanjaya ekonomi gig

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini membincangkan mengenai tuntutan yang disampaikan dalam memorandum penghantar makanan Grab. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk meminta kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia.

    “(Ini) sekaligus memastikan aspek kebajikan dan hak pekerja ekonomi Gig di Malaysia terpelihara,” kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi (gambar bawah) pada satu kenyataan malam ini.

    Terdahulu, Persatuan Menghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) menggesa campur tangan Umno bagi membantu gabungan itu memperjuangkan kadar update pengambilan dan penghantaran makanan.

    Timbalan Presiden Penghantar, Abdul Hakim Abdul Rani meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana Menteri campur tangan dalam isu berkenaan daripada terus berlanjutan.

    Penghantar yang mewakili gabungan P- Hailing seluruh Malaysia menuntut supaya Grab mengembalikan semula kadar upah sebanyak RM5 bagi dua kilometer pertama bagi bandar-bandar utama di Malaysia.

    Sementara itu, katanya RM4.50 sen kadar asas bagi dua kilometer pertama untuk kawasan luar Lembah Klang.

    “Mengekalkan semula bonus pengambilan (pickup-bonus) RM0.60 sen untuk pengambilan dua kilometer ke bawah dan RM0.40 sen untuk kilometer berikutnya pada setiap kilometer.

    “Skim baru yang diperkenalkan syarikat P-Hailing tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada penghantar menyebabkan penghantar kehilangan RM1 bagi setiap 2 km pertama,”

    “Kami terjejas selepas skim baru kadar upah diperkenalkan bermula 16 Jan lalu,” katanya di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.

    Penghantar menyerahkan memorandum yang diterima Asyraf Wajdi. Hadir sama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Shankar Shamsudin.

    Penghantar juga meminta supaya Grab menyemak semula caj perkhidmatan Grabcar Food yang lebih tinggi berbanding penghantar bermotosikal.

    Pada 19 Jan lalu, lebih 100 orang penghantar makanan Grab berhimpun di ibu pejabat syarikat itu di Petaling Jaya, bagi membantah penurunan kadar bayaran penghantaran untuk mereka.

    ALSO READ:  Ukraine summons Polish envoy over derogatory comments.

    Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.

    Terdahulu, Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) menyifatkan pemotongan kadar tanpa rundingan itu “sangat tidak menghormati” perbincangan yang telah dibuat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini.

    “Isu itu dibangkitkan dengan perdana Menteri pada sesi Temu Anwar di Petaling Jaya.

    Terdapat juga perbincangan dengan Menteri pengangkutan, Menteri komunikasi dan Menteri sumber manusia di pejabat perdana Menteri.

    “Ketika itu, semua syarikat penyelia termasuk GrabFood bersetuju untuk menyemak semula kadar upah bagi pemandu mereka,” menurut persatuan itu, sambil menegaskan kerajaan perlu mengeluarkan dasar atau garis panduan untuk keseluruhan ekosistem ekonomi gig.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts