Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUmno: Kebenaran terserlah, Zahid mangsa pendakwaan politik

    Umno: Kebenaran terserlah, Zahid mangsa pendakwaan politik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Umno menegaskan kebenaran terserlah selepas presidennya Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebaskan tanpa dilepaskan pembebasan (DNAA) untuk 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

    Setiausaha Agung Umno Asyraf Wadji Dasuki berkata, seluruh keluarga besar Umno menzahirkan rasa syukur susulan keputusan itu sekali gus membersihkan nama baik timbalan perdana Menteri itu.

    “Sejak dari awal Umno yakin dan percaya bahawa Zahid adalah mangsa pendakwaan politik yang dilakukan ketika Dr Mahathir Mohamad dilantik kali kedua sebagai perdana Menteri ketujuh sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    “Lebih mendukacitakan, kezaliman terhadap Zahid berlaku hanya beberapa minggu selepas Mahathir selaku pengerusi Bersatu waktu itu mengancam supaya presiden Umno membubarkan parti itu dalam pertemuan yang diakui sendiri olehnya dalam satu temuramah media.

    “Ini diperkukuhkan lagi dengan pendedahan berani dan berbaur angkuh bekas peguam negara lantikan Tommy Thomas dalam buku memoirnya ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang dengan *jelas memperakui terlibat langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terpilih terhadap individu-individu politik berpengaruh bersama Mahathir waktu itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Terdahulu Malaysiakini melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan DNAA yang dipohon oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

    Peguam Hisyam Teh Poh Teik bagaimanapun supaya ahli Parlimen Bagan Datuk itu diberikan pembebasan penuh.

    DNAA membuka kemungkinan Zahid boleh didakwa semula pada masa hadapan jika pihak pendakwa ingin menyemak semula perkara itu.

    Sebelum itu pada prosiding pagi tadi, Mohd Dusuki, yang juga adalah ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC, menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar timbalan perdana Menteri itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi semua 47 pertuduhan.

    ALSO READ:  Satu lagi insiden serangan bom di kedai KK Mart

    Pada 8 Disember tahun lalu dan 25 Jan tahun ini, pasukan pembelaan telah mengemukakan dua surat representasi kepada Peguam Negara Idrus Harun untuk mendapatkan semakan semula kes rasuah itu.

    Mengikut undang-undang, surat representasi adalah kaedah untuk tertuduh memohon supaya pendakwa raya menyemak semula kes jenayah terhadapnya, seperti menggugurkan pertuduhan atau tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang lebih ringan.

    Sementara itu Asyraf berkata, dengan keputusan ini semakin jelas kerakusan kepimpinan Mahathir dan Bersatu yang sanggup menganiayai pemimpin-pemimpin Umno termasuk Zahid dengan memperkakaskan institusi-institusi perundangan di negara ini demi gelojak nafsu dan dendam untuk menghancurkan Umno.

    Katanya, besarlah harapan Umno agar titik-titik hitam dalam sejarah perundangan negara sehingga sistem dan institusi keadilan negara begitu mudah diperalatkan hingga membawa kepada ketidakstabilan politik negara mestilah dinoktahkan.

    “Umno berpendirian tegas agar di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia ini, segala pendakwaan politik yang memperalatkan institusi-institusi yang menjadi benteng kepada sistem keadilan negara tidak lagi berulang.

    Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti terus bebas dan berani melaksanakan amanah mereka melaksanakan keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak termasuklah terhadap pimpinan Umno dan ahli-ahli Umno sendiri,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts