Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUmno perlu tingkatkan usaha, pastikan satu hala tuju - Azalina

    Umno perlu tingkatkan usaha, pastikan satu hala tuju – Azalina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya UMNO perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran satu hala tuju iaitu bertunjangkan aspirasi perpaduan diperjelaskan lagi kepada anggota parti itu.

    Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Azalina Othman Said berkata gabungan perpaduan yang berjaya mengekalkan status quo di tiga Negeri dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini bukan sebahagian daripada kerajaan Negeri, sudah menjadi sebahagian daripada pembentukan kerajaan Negeri.

    “Kita (Umno) ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang memberi sokongan kepada aspirasi perpaduan selain beri kepercayaan kepada gabungan ini untuk membentuk kerajaan di tiga Negeri.

    “Sambil itu, kita juga akan ambil kira setiap maklumbalas untuk BN meningkatkan prestasi, pendekatan, dan pelaksanaan khidmat untuk rakyat di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan semalam.

    Menurut Azalina, beliau bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan perlu meneliti dan mempertingkatkan pengundian calon, jentera, manifesto, polisi, dan atur kerja kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

    Masa yang lebih panjang ini pasti akan memanfaatkan semua peringkat akar umbi dalam memastikan penjajaran serta kefahaman dapat dibentuk dengan lebih kukuh pada masa akan datang, katanya.

    Beliau berkata tempoh singkat lapan bulan sejak pembentukan gabungan perpaduan BN-Pakatan Harapan selepas berpuluh tahun di arena pilihan raya sebagai seteru politik, adalah ujian pertama kesefahaman gabungan ini dan ia berjaya dilalui dengan baik.

    Menurut Azalina, ini diperkukuhkan lagi dengan angka diperoleh iaitu gabungan Perpaduan berjaya meraih 49.58 peratus iaitu 3,399,472 undi di keseluruhan enam Negeri berbanding Perikatan Nasional yang ketinggalan 17,000 undi pada 3,382,455 (49.33 peratus).

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts