Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUmno sedia beri peluang kedua kepada bekas ahli

    Umno sedia beri peluang kedua kepada bekas ahli

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Jalaluddin Alias berkata parti itu bersedia menerima bekas pemimpin dan ahli parti yang telah disingkirkan sebelum ini.

    Jalaluddin yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Negeri Sembilan berkata, ini kerana ada di kalangan mereka yang disingkirkan selepas proses pemutihan mahu menjadi ahli Umno semula selepas melihat keadaan parti itu ketika ini.

    “Di Negeri Sembilan, Setiausaha Umno Negeri dan bahagian sudah diarah membuat tapisan setiap permohonan yang dibuat bagi memastikan mereka yang masih mempunyai kecenderungan dan kesetiaan kepada parti diambil semula sebagai ahli.

    “Proses pemutihan dilakukan parti sebelum ini bertujuan membersihkan parti daripada mereka yang tidak berminat lagi dengan Umno dan beranggapan parti itu akan menjadi lemah,” katanya seperti dillaporkan Berita Harian.

    Jalaluddin ditemui selepas merasmikan Persidangan Umno cawangan Amar Penghulu di Dewan Budaya Kampung Amar Penghulu di Jelebu semalam.

    Selepas PRU15, pucuk pimpinan Umno menyingkirkan beberapa pemimpinnya yang dilihat tidak sehaluan dengan keputusan parti itu untuk bekerjasama dengan PH.

    Antara yang dipecat ialah bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan Umno Selangor, Isham Jalil.

    Manakala bekas naib presiden Umno, Hishamuddin Hussein dan bekas ketua penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan pula digantung keahlian mereka.

    Jalaluddin berkata, proses pemutihan sebelum ini tidak menggugat parti itu di Negeri Sembilan berikutan cawangannya berjaya menjalankan mesyuarat cawangan mengikut jadual.

    Katanya ada bahagian seperti di Jelebu menyaksikan pembukaan cawangan baru sekali gus menambah jumlah ahli Umno.

    “Umno sudah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dan dilanda pelbagai masalah tetapi keistimewaan parti ini apabila dilanda masalah ia mempunyai kaedah tertentu mengatasinya,” katanya.

    ALSO READ:  Indian officials consider five new plans to rescue men trapped in tunnel

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts