Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUmno S'gor serah balik 20 jawatan PBT, mahu jawatan JPKK - Laporan

    Umno S’gor serah balik 20 jawatan PBT, mahu jawatan JPKK – Laporan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umno Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri itu kepada sekutunya PH.

    Sebaliknya, Umno Selangor berhasrat mahukan sebanyak 373 jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Negeri itu.

    Umno Selangor mengumumkan keputusan untuk menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri itu kepada sekutunya PH.

    Sebaliknya, Umno Selangor mahu sebanyak 373 jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Negeri itu.


    Megat Zulkarnain dipetik Sinar Harian berkata keputusan itu membuktikan Umno Selangor tidak tamak jawatan sebagaimana dakwaan yang tersebar.

    “Keputusan sudah dicapai, kita serah semula semua jawatan ahli majlis yang telah ditawarkan kepada Umno untuk diisi PH kerana kita menghormati parti itu yang menguasai kawasan bandar.

    “Kita mahu PH menjaga bandar dan Umno menjaga kawasan kampung. Kita akan serahkan keputusan ini kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi esok (Ahad) dalam pertemuan tertutup di Sepang,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Retreat MCA Selangor yang diadakan di Wisma MCA hari ini.

    Megat Zulkarnain juga dipetik berkata ketetapan tersebut dibuat pada Mesyuarat Umno Selangor yang dihadiri seluruh 22 bahagian parti berkenaan di Pejabat Umno Shah Alam pada malam Jumaat.

    Kalau tamak dah minta lebih

    Menurutnya, Umno bukanlah tidak sedar diri atau membuat tuntutan melampau namun hanya mahu berunding atas semangat persahabatan.

    “Jadi saya nak ingatkan ini bukan soal kita ‘demand’, soal tidak sedar diri tapi ia soal kita yang bersahabat.

    “Kalau kita tamak, kita akan minta lebih (jawatan),” katanya.

    Semalam, FMT memetik pemimpin PH yang enggan dinamakan mendakwa ramai dalam gabungan itu tidak berpuas hati dengan pelbagai konsesi diberikan kepada Umno.

    ALSO READ:  Mahathir: Saya guna DAP untuk jatuhkan Najib

    Pemimpin itu yang juga exco Selangor dipetik FMT berkata, Umno “terlalu mendesak” walaupun hanya menang dua kerusi dalam PRN tahun lalu.

    Pemimpin tersebut berkata, Umno sebelum ini mendesak berhubung jawatan exco serta ketua kampung dan terbaru menuntut jawatan ahli majlis PBT di Selangor.

    Dalam pada itu, Megat Zulkarnain dipetik Sinar Harian berkata jumlah 20 jawatan itu ditawarkan oleh kerajaan Negeri dan jumlah tersebut juga sebenarnya daripada 288 kerusi ahli majlis PBT keseluruhan di Selangor.

    “Semua tidak tahu 20 ahli majlis PBT itu daripada 288 kerusi. Kalau dari segi peratus, ia hanya 7 peratus.

    “Berbanding situasi di Melaka, PH ditawarkan 17 jawatan daripada 78 ahli majlis PBT. Kalau ikut peratus 20 peratus dan di sana PH menolak.

    “Sehingga hari ini ahli majlis PBT di Melaka belum dilantik,” katanya lagi.

    Pada 16 Jan lalu, Malaysiakini melaporkan Umno akhirnya bersetuju dengan peruntukan kerusi yang diberikan kepada mereka.

    Pejabat Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Ng Suee Lim berkata mesyuarat telah diadakan sebelum ini, dengan Umno telah bersetuju dengan peruntukan 20 kerusi itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,233FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts