Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUmno tangguh Kolokium Bumiputera esok untuk bincang nasib Najib

    Umno tangguh Kolokium Bumiputera esok untuk bincang nasib Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umno menangguhkan Kolokium Pra-Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadual diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok.

    Sebaliknya, mesyuarat majlis tertinggi Umno akan diadakan pagi esok untuk “membincangkan perkembangan politik mutakhir khususnya bersangkutan dengan pengurangan tempoh hukuman terhadap (bekas perdana Menteri) Najib Razak oleh lembaga pengampunan.

    Penangguhan kolokium dan mesyuarat khas itu diumumkan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi malam ini.

    Kenyataan itu tidak menyebut tarikh baru kolokium itu akan diadakan.

    Lembaga Pengampunan hari ini mengumumkan bahawa hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, yang bermakna bekas perdana Menteri itu akan dibebaskan seawal 23 Ogos 2028.

    Lembaga pengampunan juga mengurangkan denda yang dikenakan terhadap Najib daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Bagaimanapun, kegagalan membayar denda itu boleh menyebabkan Najib dipenjarakan setahun lagi, di mana dia hanya akan dibebaskan pada 23 Ogos 2029.

    Pengampunan itu adalah berkaitan sabitan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM42 dana juta SRC International.

    Najib masih menghadapi pertuduhan lain termasuk empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion wang 1MDB.

    Kolokium yang pada asalnya dijadualkan esok bertujuan mengumpul maklum balas dan idea untuk dibentangkan pada Kongres Ekonomi Bumiputera, yang akan diadakan selama tiga hari bermula 29 Feb.

    Dalam laporan Bernama pada 5 Jan lalu, Zahid dilaporkan berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah mengarahkan kongres itu diadakan bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baru bagi agenda Bumiputera.

    Dalam kenyataannya hari ini, Zahid berkata kolokium yang diketuai Naib Presiden Umno, Johari Abdul Ghani itu sepatutnya dihadiri 2,000 pemimpin Umno daripada semua 191 bahagian di seluruh negara.

    ALSO READ:  Semak fakta: Meneliti kembara 300km Noorazlan ke Istana Negara
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts