Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Umno tolak kongres untuk wajarkan rampasan kekayaan negara'

    ‘Umno tolak kongres untuk wajarkan rampasan kekayaan negara’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, yang dianjurkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa agenda ekonomi Bumiputera, memerlukan kecerdasan dan paradigma baru, menurut Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Melalui hantaran di Facebook beliau hari ini, beliau menyatakan bahawa kongres itu dianjurkan untuk membincangkan idea kontemporari dan agenda kalis masa, bagi memastikan penglibatan kaum Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi dan perindustrian terus disokong serta diupayakan.

    “Tohmahan bahawa kerajaan menggunakan pelbagai kongres sebelum ini untuk mewajarkan perampasan kekayaan negara bagi kepentingan kelompok elit Melayu, adalah keterlaluan.

    “Semangat dan aspirasi pelbagai siri kongres sebelum ini ialah untuk mengupayakan penglibatan Melayu dalam pelbagai sektor ekonomi dan perindustrian. Sama sekali bukan untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kaum pemodal tertentu dalam kalangan bangsa Melayu,” katanya.

    Mohamad berkata ini susulan kritikan bernada prejudis yang mula dibuat terhadap kerajaan dan orang Melayu, walaupun kongres itu belum berlangsung.

    Kongres itu dijadual berlangsung pada Januari 2024.

    Mohamad juga menyatakan bahawa bangsa Melayu amat terkesan dengan perubahan landskap ekonomi global yang dipacu ledakan teknologi maklumat, sains dan kejuruteraan, selain kesan globalisasi serta konflik antarabangsa mutakhir ini, yang menggugat keboleh saingan kaum Bumiputera.

    Beliau menyatakan bahawa isu seperti impak perubahan cuaca, krisis makanan, pandemik, kecerdasan buatan (AI) dan kemajuan teknologi kewangan sangat penting untuk dibahas dan dibincangkan dalam konteks kemajuan bangsa Melayu dan kaum Bumiputera.

    “Justeru janganlah terlalu bersangka buruk setiap kali cerdik pandai Melayu berhimpun dan bermuhasabah demi bangsanya. Seperti mana kami semua tidak pernah bersangka buruk dan prejudis pada perhimpunan bangsa lain, untuk membicarakan jalan ke hadapan bangsa mereka,” katanya.

    ALSO READ:  Jakim diminta kemuka usul isu pengislaman sepihak ke j'kuasa khas

    Mohamad berkata kerajaan berperananan untuk memastikan potensi setiap bangsa di negara ini dibongkar dan dimajukan secara bertanggungjawab, terutama golongan yang terbelakang dalam pelbagai sektor ekonomi dan perdagangan.

    Beliau juga meyakinkan bahawa semangat itu bakal diterjemahkan dalam Kongres Melayu akan datang dan tiada siapa akan tertinggal dalam kepesatan dan pemodenan ekonomi Malaysia.

    Terdahulu, bekas Naib Presiden MCA Datuk Ti Lian Ker dalam kenyataan, menafikan beliau mempertikai penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputra ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini dan mendakwa kenyataannya diputar belit.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts