Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Umpama neraka' - bekas tahanan cerita pengalaman di penjara Israel

    ‘Umpama neraka’ – bekas tahanan cerita pengalaman di penjara Israel

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada 5 Nov lalu, seorang penduduk Palestin bernama Fouad Hassan merasai apa yang disifatkan sebagai “Selamat datang ke neraka” ketika dihadapkan dengan kata-kata tersebut oleh seorang pegawai penjara rejim Israel semasa dia dibawa ke penjara Megiddo, Israel. Walaupun hanya ditahan beberapa hari, kata-kata itu tetap menghantui Fouad Hassan. Menurutnya, penjara tersebut bagaikan neraka di mana tahanan Palestin diseksa secara kejam oleh tentera penceroboh Israel.

    Menurut Agensi Berita Palestin (Wafa), setiap tahanan pasti mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk penyeksaan. Ada yang terpaksa menderita pelbagai jenis penyeksaan sebaik ditahan sehinggalah disumbat ke dalam sel tahanan. Fouad Hassan, yang berasal dari wilayah Nablus, Tebing Barat, mengalami patah tiga tulang rusuk akibat dipukul oleh pengawal penjara hanya kerana enggan mencium dan mengibar bendera Israel. Menurut Fouad, ada tahanan yang patah kaki dan cedera di tangan akibat digigit anjing semata-mata kerana enggan cium dan pegang bendera Israel.

    Kekejaman yang dialami Fouad Hassan juga dikongsi oleh keluarga Moaz Amarneh, wartawan Palestin yang kehilangan mata kirinya akibat ditembak penembak tepat Israel pada tahun 2019. Pada 16 Okt lalu, Moaz ditangkap bersama sembilan rakyat Palestin lain dalam satu operasi tentera Zionis di Bethlehem, Tebing Barat dan kini ditahan di penjara Megiddo.

    Menurut keluarga Moaz, mereka diberitahu oleh peguam bahawa Moaz mengalami kecederaan teruk di kepala dan lebam seluruh badan. Pihak pentadbiran penjara langsung tidak menghubungi mereka. Selain itu, pihak pentadbiran penjara menolak permohonan untuk membenarkan ubat-ubatan yang diperlukan Moaz dibawa masuk.

    Keterangan tahanan yang dibebaskan dan laporan pertubuhan hak asasi manusia mendedahkan bahawa penindasan terhadap tahanan rakyat Palestin semakin berleluasa sejak 7 Okt lalu, menyebabkan beberapa kes tahanan maut dan lebih ramai yang ditahan. Sehingga kini, lima kematian tahanan Palestin di penjara Israel direkodkan termasuk Abd al-Rahman Mar’i, 22, dari Salfit, Omar Daraghmeh, 58, (dari Tubas), Arafat Hamdan, 25, (dari Ramallah) dan Majed Zaqoul, 32, (dari Gaza) dan seorang lagi identitinya masih belum didedahkan oleh Israel, lapor Wafa.

    ALSO READ:  Anwar: 2024 fokus pembangunan ekonomi

    Ali Saleh Hathnawi, bekas tahanan penjara Megiddo, berkata bahawa beberapa banduan mengharapkan kematian daripada terus menderita seksaan setiap hari dalam penjara. Menurutnya, tahap penyeksaan yang dialami amat dahsyat sehingga mati menjadi pilihan yang lebih baik.

    Yayasan Penjagaan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin Addameer juga mendedahkan bahawa pentadbiran penjara Israel memperlakukan tahanan Palestin dengan kasar dan tanpa perikemanusiaan termasuk memukul, mengurung dalam sel gelap, memotong bekalan elektrik dan air, menghalang lawatan peguam dan keluarga, memberi makanan yang sangat sedikit dan basi, serta menutup klinik di penjara.

    Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin pula mendedahkan bahawa jumlah tahanan rakyat Palestin di kesemua penjara Israel melebihi 7,000 orang.

    -Bernama-Wafa

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts