Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUntuk kejar 500 undi DAP, Umno hilang 5,000 undi Melayu - Isham

    Untuk kejar 500 undi DAP, Umno hilang 5,000 undi Melayu – Isham

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil ingin parti itu menyelesaikan isu bekerjasama dengan sekutu Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP yang menjadi momokan kepada orang Melayu.

    Dalam satu hantaran di media sosial, beliau mencadangkan supaya Umno sama ada terus bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan dan pilihanraya, atau bekerjasama hanya dalam kerajaan dan bukan pada pilihan raya.

    “Dengan pilihan kedua itu, kita mungkin boleh membina semula parti kita dengan mengekalkan ideologi dan perjuangan kita, walaupun mula-mula mungkin kita kalah atau tidak menang besar, namun demikian dengan ini kita dapat kekalkan akar umbi kita dan sedikit demi sedikit memenangi semula hati rakyat.

    “Jika tidak, akar umbi kita akan lari ke parti lain, dan nasib kita akan jadi seperti pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

    “Untuk mengejar 500 undi DAP, kita hilang 5,000 undi Melayu dan hilang akar umbi. Jika kita hilang akar umbi parti kita akan mati. Ini tidak bijak malahan bahaya,” katanya.

    Isham berkata demikian ketika mengulas keputusan terburuk Umno setelah hanya menang 19 sahaja daripada 108 kerusi yang ditandingi pada enam pilihan raya Negeri, semalam.

    Umno hanya meraih 19 kerusi DUN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

    Di Terengganu dan Kedah, Umno mencatatkan prestasi terburuk dengan gagal menawan atau mengekalkan sebarang kerusi.

    Bagaimanapun kerjasama PH-BN yang menerajui kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di peringkat pusat berjaya mempertahankan tiga Negeri – Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

    Mengulas lanjut, Isham berkata Umno perlu melakukan sesuatu atau nasib lebih teruk akan menimpa mereka pada pilihan raya umum ke-16 akan datang.

    ALSO READ:  Dua majlis agama Islam dibenar mencelah kes batal tukar agama sepihak

    “Jika tidak Umno akan terus kalah dan akan pupus terus menjelang PRU-16.

    “Saya dan akar umbi telah berusaha sedaya upaya di bawah. Kini kepimpinan perlu membuat pertimbangan semula dan membuat keputusan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts