Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Untuk menang PRU, PAS setuju tukar agenda negara Islam’

    ‘Untuk menang PRU, PAS setuju tukar agenda negara Islam’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Presiden parti Amanah, Mohamad Sabu yang juga bekas timbalan presiden PAS mendedahkan bahawa demi memenangi pilihan raya, parti itu pernah bersetuju menggugurkan agenda negara Islam dan menggantikannya.

    Ini katanya, semasa PAS bersama DAP dan PKR dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Malah, menurutnya, PAS juga bersetuju untuk tidak mengetengahkan isu undang-undang hudud.

    Berucap di Ceramah Kelompok DUN Simpang Jeram di Taman Sri Kasih di Muar, malam tadi, Mohamad berkata, tindakan PAS meninggalkan PR bukan kerana DAP menolak hudud, sebaliknya mereka mahu menubuhkan ‘kerajaan perpaduan’ bersama Umno.

    “(Selepas PRU-13), sudah ada gamitan Umno ke arah mewujudkan unity government (kerajaan perpaduan).

    “(Namun) tiada (diberitahu) apa-apa, tidak melalui Muktamar PAS (atau) diadakan perbincangan panjang, (tetapi) tiba-tiba isytihar PAS putus hubungan dengan DAP.

    “Ia bukan masalah hudud, bukan masalah lain, namun (PAS) memang nak bersama Umno dan (disebabkan) perkembangan politik ketika itu akhirnya mereka (PAS dan Umno) menubuhkan Muafakat Nasional (MN),” katanya.

    Justeru, dia meminta kepemimpinan PAS hari ini supaya berhenti berbohong daripada menjaja naratif bahawa parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP sebelum PRU14 kerana DAP menentang perjuangan negara Islam dan hudud.

    Ini, katanya, sedangkan PAS pernah bersetuju untuk tidak membawa kedua-dua agenda itu tetapi semata-mata ingin memenangi pilihan raya.

    “Pada tahun 1999 PAS mencapai kemenangan cukup besar iaitu menang 27 kerusi parlimen, hadirin sekalian itu kemenangan yang cukup hebat selepas berlaku reformasi.

    “Tetapi DAP kalah teruk di mana Kit Siang kalah di Bukit Bendera, Karpal Singh kalah di Jelutong. Isu utama pada waktu itu adalah isu negara Islam. Sebab pengundi Tionghua tidak gemar dengan isu negara Islam. Selepas 1999 DAP keluar daripada BA dan 2004 mereka bertanding lawan dengan BN tidak bersama dengan BA. Hasilnya DAP menang 12 kerusi.

    ALSO READ:  Hampir RM10 bilion dibelanja bagi tangani penyakit tidak berjangkit

    “Menjelang 2008 usaha untuk menggabungkan kerjasama PAS, DAP, PKR berterusan dibuat oleh berbagai pihak. DAP minta negara Islam tidak boleh disebut dan PAS bersetuju gantikan negara Islam dengan negara berkebajikan,” katanya.

    Menurut Mohamad, DAP terpaksa menolak agenda negara Islam selepas mendapati mereka gagal mengekalkan sokongan orang bukan Melayu manakala hudud dikatakan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

    Hadir sama pada ceramah malam tadi adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Maslan, bekas Adun Sungai Abong dari PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan bekas ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa.

    Hadi ketika menyampaikan ucapannya pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN), Sabtu lalu mendakwa kepimpinan DAP telah meminta PAS “membuang” Islam, sebagai syarat untuk meneruskan kerjasama mereka.

    Kata Hadi, permintaan itu dilakukan DAP kerana parti berkenaan tidak boleh menerima pentadbiran Islam di negara ini.

    Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan DAP tidak pernah menyuruh PAS “membuang” Islam ketika kedua-dua parti itu bekerjasama, katanya.

    Ini berlaku sama ada semasa kerjasama kedua-dua parti itu dalam platform BA dari 1999 hingga 2002 dan dalam PR dari 2008 hingga 2015.

    Justeru, Mohamad berkata, dakwaan Hadi kononnya PAS enggan kerjasama dengan DAP kerana parti itu menolak Islam dan hudud adalah pembohongan semata-mata.

    Jelasnya, ini kerana PR sebelum ini sudahpun membuat keputusan secara bersama untuk menolak pelaksanaan hudud.

    “Pemimpin PR buat perbincangan khas di pejabat PAS di Kuala Lumpur yang turut dihadiri beberapa pemimpin, antaranya Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Anthony Loke.

    “Karpal ketika itu keras.. no hudud sebab (ini) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan akhirnya keputusan ‘agree to disagree’ (setuju untuk tidak bersetuju’ berjaya dicapai.

    ALSO READ:  Ramasamy: Mampukah Anwar jadikan Kongres Ekonomi Bumiputera inklusif?

    “Perkara setuju iaitu lawan dan ganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), good governance (tadbir urus baik), rasuah dan apa terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang tak setuju soal hudud,” katanya.

    PRK Simpang Jeram dan Pulai diadakan berikutan kematian Menteri perdagangan dalam Negeri dan kos sara hidup Salahuddin Ayub pada 23 Julai, sehari selepas menjalani pembezahan akibat pendarahan otak.

    Pertembungan tiga penjuru akan berlangsung bagi kerusi DUN Simpang Jeram, antara calon PH Nazri Abdul Rahman, calon PN Dr Mohd Mazri Yahya, dan calon bebas S Jeganathan.

    Sementara itu, di Pulai, Suhaizan Kaiat yang mewakili PH akan berdepan calon PN Zulkifli Jaafar dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts