Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUpko: Kerjasama PH-GRS belum diterjemah di peringkat akar umbi

    Upko: Kerjasama PH-GRS belum diterjemah di peringkat akar umbi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick.

    Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata dia amat mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Armizan Mohd Ali berkaitan kerjasama GRS dan PH yang sedang dilaksanakan di peringkat kerajaan Negeri.

    “Bagaimanapun, masih banyak perkara berkaitan kerjasama ini perlu direalisasikan terutamanya perkongsian pelantikan politik dan resolusi daripada komponen PH yang ingin sokongan daripada kerajaan Negeri. Ini semua memerlukan kerjasama,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam, Armizan yang juga timbalan setiausaha GRS berkata dia berpendirian agar perpaduan sedia ada antara gabungan itu dengan PH diteruskan pada PRN Sabah akan datang.

    Upko adalah parti komponen PH bersama PKR, DAP dan Amanah.

    Ewon berkata setakat ini, belum ada kerjasama ‘tulen’ ketara GRS dan PH khususnya di peringkat akar umbi, bagaimanapun dia menyerahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta rakan pimpinan kerajaan Negeri termasuk dua wakil PH dalam kabinet Sabah untuk menterjemah kerjasama itu.

    Dia turut menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Hajiji dan pernah mempertahan pemimpin itu ketika krisis politik tahun lepas namun berkata kerjasama GRS dan PH dalam kerajaan Negeri perlu terus diperkukuh.

    Dalam mendepani PRN Sabah akan datang, Ewon berkata GRS dan PH perlu mengadakan perbincangan baru bagi merangka pelan lebih segar terutama dalam merealisasi agihan kerusi DUN yang dipertanding.

    Ewon berkata situasi PRN Sabah Ke-16 pada 2020 dan politik ketika ini amat berbeza justeru dia tidak bersetuju dengan pandangan bahawa kerusi DUN tertentu adalah milik mutlak parti tertentu untuk ditandingi pada PRN akan datang.

    ALSO READ:  Keputusan kes mahkamah Syed Saddiq diketahui 9 Nov

    “Upko mempunyai rakan gabungan yang berbeza pada masa itu, begitu juga dengan GRS. Jadi senario telah banyak berubah, sebab itu kita memerlukan perbincangan baru terutamanya berkaitan pengagihan kerusi pada PRN akan datang,” katanya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts