Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUrus perbezaan antara parti cabaran terbesar kerajaan - Loke

    Urus perbezaan antara parti cabaran terbesar kerajaan – Loke

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cabaran terbesar Kerajaan Perpaduan adalah menguruskan perbezaan antara parti berlainan dan menyatupadukan seluruh tenaga ke arah matlamat yang sama, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

    Beliau berkata pemimpin utama DAP dan anggota Jemaah Menteri parti itu menyedari hakikat tersebut.

    “Percanggahan pendapat dalam isu tertentu akan timbul dari semasa ke semasa. Ini merupakan lumrah dalam dunia politik dan sistem demokrasi. Kita perlu bertenang dalam menguruskan sebarang keadaan dan sentiasa berpegang kepada semangat permuafakatan.

    “Semua dasar kerajaan dan keputusan penting hanya boleh diputuskan melalui perbincangan mesyuarat Jemaah Menteri dan konsensus dicapai oleh semua parti yang membentuk kerajaan pada hari ini. Tidak ada parti yang boleh mendominasi parti yang lain dalam apa jua keputusan,” katanya dalam mesej Tahun Baharu 2024 di laman Facebook hari ini.

    Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata beliau berpegang teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama di samping mengulangi pendirian dan fokus Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu “2024 is all about economy! economy! economy.”

    Justeru, beliau bertekad untuk terus memainkan perananan konstruktif memperkukuh kerjasama dan kelangsungan Kerajaan Perpaduan serta menyumbang tenaga dalam penyampaian prestasi kerajaan di Kementerian Pengangkutan.

    Loke turut mengulangi komitmen DAP bahawa perananan dan tanggungjawab anggota parti itu dalam kerajaan ialah menjamin kestabilan politik, memastikan keharmonian antara kaum serta membawa kesejahteraan kepada rakyat.

    Mengimbau perjalanan Kerajaan Perpaduan sepanjang 2023, beliau berkata pelbagai dasar dan hala tuju negara termasuk kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian serta Dasar Peralihan Tenaga telah digubal dan diumumkan untuk pelaksanaan manakala iklim pelaburan kembali rancak, keyakinan pelabur terhadap masa depan ekonomi Malaysia kian meningkat, dasar luar dan perananan Malaysia di pentas antarabangsa lebih terserlah serta makin diberi perhatian oleh kuasa besar.

    ALSO READ:  Kongres Nasional PKR 2023 bermula hari ini

    Loke berkata di bawah Kerajaan Perpaduan, hubungan dua hala dengan negara jiran di ASEAN dan Asia Timur turut diperkuat dan membantu pertumbuhan perdagangan yang lebih agresif.

    “Semua petunjuk ini membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

    “Proses pembinaan semula negara sedang berjalan lancar dan dengan iltizam yang tinggi, lebih banyak peranancangan kerajaan dapat diterjemahkan dalam tindakan bersepadu serta pelaksanaan secara tuntas pada tahun 2024,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts