Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUsah kacau Pasti, pesan PAS pada kerajaan

    Usah kacau Pasti, pesan PAS pada kerajaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS mengingatkan kerajaan supaya tidak ‘mengacau’ silibus Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) milik parti itu selepas kabinet membuat keputusan untuk menyelaras sistem pendidikan prasekolah di negara ini.

    Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu akan memantau jika ada usaha dilakukan untuk menganggu gugat Pasti yang telah beroperasi sejak 1980-an.

    Katanya institusi Pasti telah melalui proses perkembangannya tanpa sebarang masalah sejak ia ditubuhkan.

    “Dalam konteks Pasti, jangan kacau. PAS sudah mengurus dengan baik sejak tahun 1980-an dan terus berkembang pesat tanpa masalah.

    “Kita akan pantau jika ada sebarang usaha yang boleh mengganggu Pasti dan hala tuju sistem berkenaan juga perlu dilihat terlebih dahulu,” katanya seperti dipetik harakahdaily.

    Pasti dilaporkan kini mempunyai 139,000 murid dengan 2,680 premis di seluruh negara membabitkan 9,002 guru.

    Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan kerajaan memutusakan untuk menyelaraskan sistem pendidikan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menurut jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.

    Fahmi berkata jemaah Menteri hari ini setuju berkenaan perkara itu bagi memastikan mutu pendidikan peringkat tadika.

    “Dalam (mesyuarat) jemaah Menteri hari ini, perdana Menteri dan kabinet memutuskan sistem pendidikan tadika akan diselaraskan oleh KPM. Ini keputusan yang telah dibuat pada hari ini.

    “Manakala ada beberapa aspek kurikulum, sebagai contoh (silibus) agama akan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    “(Keputusan ini) untuk pastikan kualiti pendidikan dapat diselaraskan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts