Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Usir' Quayum: Saifuddin nafi imigresen hina mahkamah

    ‘Usir’ Quayum: Saifuddin nafi imigresen hina mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak menghormati mahkamah apabila menandatangani persetujuan untuk menghantar pulang MA Quayum ke Bangladesh.

    Menurut Saifuddin menandatangani persetujuan bukan bermaksud pemimpin politik pembangkang negara terbabit akan hantar pulang serta-merta, sebaliknya hanya sebahagian daripada proses yang memang diamalkan JIM.

    Katanya setelah polis menahan Quayum dan menyerahkan lelaki terbabit kepada JIM, agensi terbabit kemudian memaklumkan kepada ahli politik terbabit bahawa dia akan dihantar pulang kerana pasport dibatalkan.

    “Namun, JIM juga terikat dengan keputusan mahkamah kerana dia membawa kes itu ke mahkamah melalui peguam.

    “Jadi, kami takkan hantar Quayum balik sehingga keputusan mahkamah mengenai status keberadaan dia di Malaysia ditentukan.

    “Tidak benar JIM melakukan penghinaan mahkamah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

    Tambah senator itu, dia berharap pihak media berlaku adil kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila melaporkan dakwaan JIM akan mengusir Quayum tanpa menghormati mahkamah.

    Tentu ada sebab isteri melawat

    Pada masa sama, Saifuddin berkata, ada juga pihak yang menganggap dia sebagai “tak berguna” ekoran laporan berkenaan.

    “Biarlah berlaku adil kepada kita (KDN),” katanya.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan JIM menandatangani persetujuan untuk menghantar pulang Quayum meskipun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan perintah penggantungan agar pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) berusia 63 tahun itu tidak dihantar pulang ke negara asalnya.

    Menurut dokumen yang dilihat Malaysiakini, perintah pengusiran itu ditandatangani pada 24 Jan lalu iaitu enam hari selepas keputusan mahkamah tinggi dibuat.

    Keluarga dan peguam Quayum pula hanya dimaklumkan mengenai arahan tersebut kelmarin.

    Saifuddin menambah pihaknya sudah menghubungi peguam ahli politik berkenaan JIM akan memberi kerjasama penuh dengan mematuhi perintah mahkamah.

    ALSO READ:  Hartanah tak terjual turun 40% sejak era Madani - Nga

    “Maksudnya, sehingga mahkamah membuat keputusan mengenai status dia, Quayum tak akan dihantar pulang,” katanya.

    MA Quayum

    Menurut Saifuddin lagi laporan medakwa keluarga Quayum tidak tahu keberadaan nya juga juga tak betul.

    “Isterinya dibenarkan melawat (di pusat tahanan imigresen). Kalau isteri dibenarkan melawat tentu dia (Quayum) ada lagi di sini, jadi saya rasa laporan mengatakan Quayum tidak dapat dikesan itu ralat sikit.

    “Hari ini peguam dia dibenar melawat. Jadi tak timbul ketidakpastian keadaan Quayum,” katanya.

    Terdahulu, hari ini JIM memberi persetujuan kepada permohonan dikemukakan di mahkamah untuk tidak mengusir.

    Persetujuan JIM itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini melalui aku janji diberikan wakil dari Jabatan Undang-undang JIM, timbalan pendakwa raya Nor Amalina Ismail.

    Quayum sebelum ini dilaporkan berada di bawah program Malaysia My Second Home (MM2H) sejak 2015. Dia juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

    Bagaimanapun, pas MM2H Quayum terbatal secara automatik selepas pasport dia dibatalkan.

    Dia sedang menunggu keputusan permohonan habeas corpus yang dijadual untuk didengar pada 5 April ini.

    Quayum kini berada di Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih atas arahan Menteri sendiri yang meminta dia dipindahkan dari penjara untuk memastikan dia berada di tempat yang lebih lapang dan penjagaan lebih baik kerana isu kesihatan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts