Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesUsul MP Machang ditolak berdasarkan duluan pada 2021 , kata Johari

    Usul MP Machang ditolak berdasarkan duluan pada 2021 , kata Johari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini menjelaskan “janjinya” kepada ahli parlimen pembangkang yang dikatakan “dimungkiri” semalam.

    Menjelaskan perkara tersebut, Johari berkata bahawa beliau menolak usul tergempar yang dibawa oleh Ahli Parlimen Machang, Wah Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berdasarkan peraturan mesyuarat 11(3) untuk menghalang usul tersebut yang dikemukakan dibawah peraturan mesyuarat 18(1).

    Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak berjanji untuk memberi ruang kepada wakil rakyat pembangkang untuk bercakap mengenai usul tersebut selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Saya sebut kepada Arau dan Machang, saya kata selepas itu akan beri ruang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

    Pembangkang merasa kecewa semalam apabila Johari didakwa tidak menunaikan janji untuk memberi ruang kepada mereka bercakap mengenai usul tergempar yang dibawa Wan Ahmad Fayhsal.

    Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, menyatakan bahawa pada awalnya Johari berjanji untuk memberi ruang kepada mereka bercakap selepas perdana Menteri membentangkan KSP RMK12.

    “Selepas perdana Menteri selesai membentangkan RMK12, mesyuarat terus ditangguh secara tergesa-gesa, walaupun speaker berjanji untuk memberi kami ruang untuk membawa usul Perkara 18(1) (Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat).

    “Seolah-olah ada arahan baru apabila speaker menangguhkan persidangan dengan tergesa-gesa.

    “Kami akan membawa usul tergempar yang lain kepada speaker kerana beliau memungkiri janji… Kami tahu pucuk pimpinan banyak berbohong, tiba-tiba kami tidak dibenarkan,” katanya kepada media di lobi Parlimen.

    Walaupun begitu, Johari menyatakan bahawa beliau akan tetap memberi peluang kepada ahli Parlimen pembangkang untuk bercakap.

    “Saya tidak akan menghalang apabila isu ini dibangkitkan atau boleh dibangkitkan, Machang boleh bangkit.

    “Saya tidak akan menghalang. Itulah sebabnya saya ingin kata, jika bukan hari ini, kita masih ada enam hari sidang ini.

    ALSO READ:  Pengeluaran pas media ikut kod etika Jabatan Penerangan - Fahmi

    “Hari ini boleh, esok boleh, itu maknanya,” katanya lagi.

    Sebelum ini, Johari menjelaskan bahawa alasan dia menolak usul tersebut adalah kerana telah ada kes precedent pada bulan Julai 2021 di mana speaker ketika itu menggunakan peraturan mesyuarat 11(3) untuk menolak usul yang dikemukakan oleh Beruas dan Port Dickson untuk membincangkan isu tertentu di bawah 18(1) iaitu isu proklamasi darurat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts