Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesVaksin denggi sukar didapati, harga mahal

    Vaksin denggi sukar didapati, harga mahal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Vaksin denggi Qdenga dikatakan akan mula digunakan di Malaysia beberapa hari lagi.

    Bagaimanapun di mana kita boleh mendapatkannya?

    Malaysiakini menghubungi lebih 30 klinik swasta di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang bagaimanapun banyak yang tidak menawarkannya.

    Rata-rata pekerja klinik masih tidak tahu menahu berkaitan kelulusan bersyarat kerajaan supaya vaksin itu digunakan bagi membendung virus bawaan aedes itu.

    “Tak tahu pula denggi ada vaksin. 

    “Selalunya klinik memang akan ambil sampel darah saja (untuk ujian pengesahan) kalau kena denggi,” kata seorang pekerja klinik di Pulau Pinang.

    Setakat ini, hanya tiga tempat dikenal pasti menjual vaksin yang akan diperkenalkan buat pertama kali itu.

    Klinik-klini itu ialah Klinik Selva di beberapa tempat Lembah Klang, Poliklinik Vijay, Taman Kinrara Puchong dan Hospital Colombia Asia Petaling Jaya.

    Portal konsultasi atas talian DoctorOnCall pula mengumumkan bahawa mereka akan mula menjual Qdenga mulai 9 Mei ini di empat buah Negeri dengan harga RM550 bagi dua dos.

    Klinik-klinik lain pula menjualnya dengan harga antara RM400 ke RM500 dan pengguna perlu menempahnya terlebih dahulu.

    “Orang ramai boleh membuat tempahan terlebih dahulu kerana kami juga perlu mendapatkan stok daripada pembekal agar tidak mengalami kerugian.

    “Vaksin ini bukan suatu yang wajib seperti vaksin Covid dahulu,” kata seorang pekerja klinik.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 11 Februari lalu meluluskan pendaftaran bersyarat kepada Qdenga bagi individu berumur empat tahun dan ke atas.

    Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) membuat keputusan itu setelah berpuas hati dengan penilaian ke atas keberkesanan, keselamatan dan kualiti produk.

    Namun, dia tidak memberitahu bila jangka masa vaksin tersebut akan tersedia di semua kemudahan kesihatan awam.

    ALSO READ:  Moscow's Domodedovo airport restricts flight - agencies

    Sementara itu, Dr Muhammad Radzi ketika dihubungi Malaysiakini memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts